Thursday, April 5, 2012

5th anniversary and baby moon - holiday 2012

 Assalamualaikum, tiba-tiba ade mood pulak nak update blog hari ni kan. Ok cerita pasal our 5th anniversary and baby moon. Memandangkan aku tak pernah gi pulau tioman seumur hidup maka propose pada suami terus dapat kelulusan dan kami naik berjaya air dari subang airport terus ke pulau tioman. memang tak kuasa la nak memandu 7 jam ke jeti mersing kan tambah pulak ade anak-anak jadi kami memang suggest la sape ade anak nak ke pulau tioman naik kapal terbang saje lah, mudah, cepat dan selesa pakej sekali dengan berjaya hotel.



 Flight kami pagi pukul , captured picture skyline pun cantik je sebab pagi :) perjalanan hanya 1 jam. Main game HP, layan anak2, makan minum tetiba dah sampai...




 Nice view of Tioman island from air craft




 Tourist baju bunga-bunga feeling beach ok




Our room














Kami sampai pkl 9 pagi terus gi breakfast dulu cos check in pukul 12 tapi i cakap kalo bilik dah ready pls let us know cos i have 2 kids nak handle payah dan hotel sangat memahami tros early check up after breakfast :)




Akmal bangun tido selesai solat zohor je kami terus bersiap nak pergi snorkeling di pulau tekek. Adam paling tak sabar, "mama i wanna go to the beach"nak tengok ikan dan main pasir yang lebih tu. Outfit mandi budak-budak memang kami dah sedia complete with beach hat, UV protection swim wear, google, sun block lotion for kids (very important) and beach shoes.



Beach boys!






Tekek island for snorkeling









Happy sangat lepas snorkeling kat tengah laut. ikan warna biru tu masyallah cantik amat!





Terus pergi swimming pool pulak leaps minum petang




gedebush!





Ini adelah aktiviti yang paling my kiddos suka, lepas balik dari pool kami singgah beach main pasir masa on the way balik bilik.





Sambil perhatikan adam akmal main pasir aku enjoy menikmati pemandangan, masyallah tenang dan sangat hebat ciptaan allah. hubby pulak ambik pregnancy photo of me :)




Later i join my kiddos. Look at the sky subhanallah hebat bukan kuasa Allah SWT



BBQ dinner awesome by hotel! highly recommend berjaya tioman island resort!




serious awesome lamb, fish, squid, prawn eh madam-macam la memang sedan menjilat jari tak terkata




Selesai dinner kami balik bilik rehat-rehat dan pintu bilik kene ketuk. Surprise.... again tioman berjaya resort memang awesome layan kami siap bagi anniversary cake complimentary from hotel. Thanks berjaya hotel! disebabkan kami kenyang maka simpan cake tu dalam freezer. Pukul 4 pagi aku terjaga kejut hubby, rupanya hubby pun lapar. kami potong cake anniversary berdua pukul 4 pagi yo hahaha makan kat luar sambil hadap beach borak2 about us, our next holiday venue dan banyak cerita pasal kiddos. Syiok dating kat luar sampai terkunci kami dari luar sebab pintu automatic locked. Husband dok panggil adam celah tingkap, kesian adam nasib die sedar dan bukakan pintu pastu sambung tido. Memang tokoh anak pertama betul!



esok pagi




Kami bayar rm150 kepada pemandu pelancong kami untuk bawa kami pergi ke kampung Juara, tengok penyu, water fall, marine park for snorkeling again, lunch dan balik. Itu adelah aktiviti hari ke 2.




Minum air kelapa sambil menikmati pemandangan indah




Main pasir lagi...




Water fall




Yaya's family






Snorkeling di marine park




Masyallah ikan banyak dan sangat cantik sama macam kat redang island




Malam lepas makan  kiddos main-main sampai tertido. mama baba dah penat dengan aktiviti siang tadi :)




Hari ketiga kami pergi Ayura Spa berdua. kiddos? Berjaya tioman resort ade sediakan orang untuk jaga anak-anak. Satu budak rm20 untuk sejam, jadi kira la sendiri berapa lama korang nak. Penjaga tu bawa anak-anak aku mandi di pool than balik bilik bagi susu dan layan derang tengok TV. Memandangkan anak-anak aku jenis tak takut orang so aku memang takde masalah.




Ayura Spa for couple massage



Balik dari Spa pukul 11 pagi kami masih ade masa untuk gi free duty shop. Flight pukul 3 petang maka kami suami isteri pakat sewa motor jap pergi free duty shop. Semua excited nak naik motor ok. Sewa motor satu jam rm30.





Nah semput motor ni bawa kami naik bukit plus minus 185 KG. Funny ok and such a sweet memory!


Pukul 1.30 check out hotel dan hotel hantar ke airport. Ok untuk informasi bagi yang nak pergi sila ke website berjaya air isi online form. Macam pakej aku 3 hari 2 malam adelah RM2700 termasuk hotel, b/fast and dinner, snorkeling, penerbangan pergi dan balik untuk kami 4 beranak.


Well our next holiday will be....










6 comments:

Farah said...

bes gile weii..ok boleh aku usulkan pada asri jugek nnt ni.

paling bes part naik motor ramai2 tu hahaha

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

teruja baca psl percutien u all sefamily ..mmg mesia pun byk tempat menarik utk dilawati .. bagusnya servis berjaya hotel nieh ;-)

pet said...

yaya bestnya gi tioman. aku tak pernah gi pulau2 ni...hahaha maybe next holiday la kan bleh plan best sket amik pakej ni semua dah settle
anyway tak sabo nak tunggu baby ketiga ko ni..hahaha..thrill nak tengok rambut sapa dia ikut. :)

aieesha.salleh said...

cantik dan best kan berjaya tioman :) dan pegi tak mandi manda di kg juara? beach dia sangat awesome :)

iswatie "colours of life" said...

Mcm best jaaa. Mmm boleh consider gak nih. Time g snorkeling kids join sekali or ada org jaga?

Anonymous said...

i'm pregnant and wish to go there next mth. ada org ckp expectant mothers takleh naik small aircraft mcm berjaya air tuh. how was yr experience, ok tak?