Thursday, September 8, 2011

Selamat hari raya 2011




Assalamualaikum! tahun ni aku macam malas nak update pasal raya sebab gambar banyak malas nak pilih and resize dan paling punca utama adalah aku sibuk, sibuk ape? sibuk beraya la weh, semalam pun gi raya walau weekdays, raya rumah client cum friend. Ini aku cerita yang simple ajelah buat syarat update raya setiap tahun so boleh la aku baca di kemudian hari sebagai memory :)







Malam raya macam biasalah kampung husband aku berdentam dentum dari lepas maghrib bawa ke subuh. Aku bangun solat pukul 6.15 pun berdentam dentum lagi. kampung husband aku memang meriah la beraya kalau nak compare rumah mak abah kat ampang hahahaha. bagus la ade 2 suasana, bandar dan kampung. malam raya kitaorg pun berdentam dentum lawan main mercun dan bunga api :) Si adam dan akmal pun kemain happy main bunga api sambil nyanyi lagu raya.



Gambar kat atas tu gambar pagi raya, tema kami tahuin ni YELLOW! Adam dan akmal la tukang rasmi kuih raya sebelum orang datang beraya rumah nenek. gambar kami sekeluarga dah malas aku nak letak di entry ni sebab sudah ku letak di entry sebelum.






Selepas MIL dan para lelaki balik solat raya kitaorg semua makan bersama2 kemudian macam biasa salam-salaman dan bermaafan. gambar bermaafan di camera lagi satu yang aku sendiri pun tak tgk lagi gambar2 tu maka tak letak la disini. Hari raya pertama macam biasa la belah suami akan pergi raya dari satu rumah ke satu rumah. Tak silap aku raya pertama je kitaorg beraya 12 buah rumah, makan minum jangan cakap la kan kalau dah beraya 12 buah rumah. Rumah pak sedara mara, nenek atuk sedara mara semua dekat2 1 kampung maka senang la beraya. Akmal pun dah ready masuk kereta gambar kat atas tu.






Selamat hari raya!





Aku dah tukar baju lain pulak lepas break solat asar dan sambung raya. Adam pulak baru bangun tido dan merajuk, Nasib baik yang lepas asar ni beraya jalan kaki je rumah pak/mak sedara sederetan dangan rumah MIL.





Ok kita short cut raya ke 2 la tak larat aku nak cerita panjang. Raya ke 2 lepas beraya belah pagi, petang balik rumah basuh baju dan sidai lepas tu keluar rumah balik pergi beraya rumah munirah pulak :) perghhh cuba tengok menu yang munirah masak kat atas tu, sedap bangat ok! Air tu paling sedap cik munirah muahahahaha.






Ini bapa2 mithali yang makan, pangku anak, layan anak, suap anak dan diri sendiri. maka dapat la para ibu menikmati makanan dengan selesa dan aman damai :)) sila buat sekerap mungkin ye b ngehngehngeh.... lepak rumah munirah sampai lewat malam penangan borak2 :) tak sedar diri yang esok awal pagi nak beraya di muar johor pulak.





Pukul 8 dalam kereta bergerak ke muar johor yang dah banyak tahun aku tak balik sejak atuk meninggal masa zaman sekolah. Kat sana tido satu malam di rumah kakak abah yang aku panggil makngah. Beraya di johor pun sama la dari satu rumah ke satu rumah :)


Tengok akmal buat muka cheeky gambar kat atas, mata dah la sepet sebaris je LOL.










Beraya di johor anak aku sibuk makan kuih raya, layannn...






Ini pun beraya di rumah mak andak di johor, nampak tu lelaki pakai baju unggu khusyuk makan beriyani lauk kambing, cuba timbang berat badan bulan raya ni b.






Ini beraya di rumah sepupu abah di johor juga, gambar dengan anak kak uda maryam dan iman.






Ini sempat la hubby amik gambar kitaorg masa tengah beraya. Abah tak sempat masuk sebab die tengah sakan borak dengan pak sedara die. Maka kitaorang adik beradik la ambik gambar dengan mak. Cuba tengok ape yang sama kitaorang sekeluarga. dari mak aku, kaklong, abangngah, kak uda dan aku yang bongsu ape yang obvious nampak sama? ce teka, ce teka, ce teka. Ok aku bagi jawapan, kitaorang semua senyum nampak gigi yang jelas dan nyata sengih masing2 :) ok cerita raya bersambung lagi di entry yang berikutnya. Tata u all, take care!









6 comments:

Anonymous said...

meriah & seronoknya raya yaya...Selamat Hari Raya from maniss

Am said...

slamat hari raya yaya... meriahnya beraya dari klang sampai johor... nasib utara x cover, kalo x kire 1 semananjung la pusing...

p/s:my hubby yg bgtau pg td, yaya dah update blog, you dah baca ke? hihi...

yaya said...

anoy:
maniss i baca comment u tau! slmt hari raya!

am:
hahaha gelak i baca yg part P/S u tu. meh la raya rumah i...

Moro For Tomorrow said...

comel la yaya pakai tudung aku lom tgh in person lagi..

weh baju poney belang biru oren tu anak kau tu pun anak aku ade sepasang buat baju jalan raye. dah macam boria la kalau diorg ber4 pakai. keke

Moro For Tomorrow said...

alamak aku = azzamoro

yaya said...

azza:
hahahaha ape lagi azza mari kita gandingkan mereka berempat LOL!