Tuesday, August 16, 2011

Tetamu tak diundang...




Assalamualaikum, sudah ramadhan hari 16 masuk hari 17. Cepat sungguh masa berlalu, tak lama lagi nak menyambut hari raya kemudian dah hujung tahun dan masuk tahun baru. Menjelang tahun baru usia kita semua meningkat tahun lagi. Macam mana ibadat kita untuk menghadapi akhirat ye?

Di bulan ramadhan ni kami sekeluarga dapat tetamu yg tak diundang. Hari ahad petang tiba2 ade burung landing kat laman rumah dan tak terbang2. Aku rase die sakit masa nampak die tak terbang bila kitaorg dekat. Hubby pegang burung tu diam siap berjalan atas badan.






Si akmal pulak selamba la die pegang kepala dan jinjit burung tu. Heh berani budak ni. Dok kejar burung tu...






Adam yang demam pun nak usap2 dan pegang burung tu. Alhamdulillah demam adam beransur kurang. Ni pun aku ngantuk sangat sebab malam semalam tak dapat tido sebab adam nak aku peluk die sentiasa dan asyik meracau mengigau, akmal pulak asik nak BF, masyallah penat betul semlm. Aku sahur pun 3 gigitan roti dan air soya organik sahaja sebab penat dan ngantuk.





Tetamu tak diundang naik atas kepala akmal, sampai akmal meraba-raba kepala sendiri cari burung tu LOL. Eh esok negeri selangor cuti nuzul quran kan. Wahhh besok mesti KL sesak teruk sebab semua keluar shopping. Hhhhmmm... Aku pun nak keluar shopping tapi takde la nak pergi KL tu, esk munawwarah bukakan? Jumpa di sana....



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: