Monday, August 22, 2011

Simbah asid






Adik my friend mangsa simbah asid terbaru


Assalamualaikum dan selamat berpuasa, sudah masuk malam sepuluh akhir ramadhan iaitu malam lailatulqadar. Kalau boleh aku taknak bulan ramadhan ni berakhir sebab bulan ramadhan ni la bulan paling seronok bagi aku dan pelbagai nikmat dan kelebihan allah SWT bagi pada bulan ramadhan. Bulan ramadhan ni juga rezeki datang mencurah curah which is org yg aku tak kenal pun call nak bagi job, kwn atas kwn, alhamdulillah syukran.


Tak kurang juga yang mendapat dugaan dari Allah SWT pada bulan ramadhan ini macam aku sekarang satu family demam batuk selsema teruk, tekak sakit nak telan air liur pun tak boleh. Itu kifarah dari Allah SWT. Kadang dugaan yg Allah SWT bagi kita rase tak tahan sangat tapi ade orang lain yang mendapat dugaan yang lagi dahsyat dari Allah SWT macam adik kawan aku yang menjadi mangsa simbah asid terbaru, minggu lepas tak silap aku.


Mangsa sedang menunggu rakan di dalam kereta pada ketika itu. Di saat aku mendapat berita ini, terdiam aku seketika astagfirullahalazim dah la bulan puasa nak raya menghadapi kesakitan dan dugaan begini, simbah asid dimuka pula tu which is beri kesan yg amat besar pada mangsa dan masa hadapannya. Tolong la orang yang menyimbah asid ni hentikan perbuatan tak berfaedah itu malah derita bertahun tahun mangsa jadi tanggungan dosa perbuatan si jahat. Pihak polis pula harap cepatla bertindak dan berusaha sungguh tangkap orang yg suka simbah asid ni.


Sekarang ni nak keluar rumah pun takut samada keluar rumah naik public transport mahupun kenderaan sendiri. Rase tak selamat dek perbuatan jahat orang yg ade masalah mental sebegini menyimbah asid sesuka hati. Kalau menungggu seseorg dalam kereta pastikan tingkap tutup dan pintu kunci. Kalau keluar duit di ATM machine cari tempat yang terang dan ramai org sebab aku ade baca artikal 2 minggu lepas mangsa lelaki keluar duit di ATM machibe terus kene simbah asid the moment die berpaling ke belakang dan duit dirampas. Si jahat ni,dahle ko mencuri simbah asid pula menyiksa hidup orang tu bertahun tahun. Insaflah...

Berita penuh mengenai adik kwn aku ni ade di harian metro online, cuba google. Dah masuk surt khabar pun last week. Di harap kita semua lebih berhati hati selepas ini dan semoga Allah SWT melindungi kita semua.

Terkini: kawan aku recci harga nak buat Face reconstructure di APSH adalah RM150 RIBU.

- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

zeta said...

aku pon takut yaya psl kena simbah asid ni..mintakla kita semua dijauhkn dr perkara cenggini..

isabelle said...

mmg bongok la si penyimbah asid tu.
polis malaysia ni selalu kemain terer...dlm few days je dah leh tgkp.kali ni nape lmbt lak ekk?

yaya said...

zeta:
ya minta kita dijauhi perkara2 sebegini, amin..

is:
tu lapasal, kawan aku ni polis ko tau, adik die kene. moga polis lagi cepat bertindak cos ahli keluarga polis yg kene pulak..

Nanak said...

yaya,
kat sabah ni pun dah ada kes simbah asid..mmg takut nak keluar rumah skng ni..huhu

yaya said...

nanak:
kat sabah pun ade, merata rupanya. take care tau!