Monday, August 1, 2011

salam ramadhan!

Assalamualaikum, rasenye belum terlewat untuk aku ucapkan salam ramadhan, selamat menyambut ramadahan kepada seluruh umat islam di dunia. Ramdhan tahun ni memang aku sangat-sangat nantikan sebab macam-macam aku dah niat dan rancangkan. Harap-harap niat dan rancangan Allah SWT makbulkan bersempena bulan ramdhan yang mulia ini.






Semalam aku balik rumah mak dan abah di ampang, mak dan abah baru balik dari muar jenguk kebun abah yang adik abah cu man jagakan. sekali banyak buah daaaa.... alhamdulillah rezeki!






Serentak semuanya buah pulasan, manggis, durian dan rambutan sekarang penuh kat rumah aku. Sekejap lagi aku nak masak bubur kacang durian dan sedekah kat surau untuk moreh :)






Buah pulasan yang dah siap dipulas buka oleh hubby, aku tinggal masuk mulut jek, Yay! best









On the way balik rumah dengan kereta yang penuh buah-buahan, barang-barang shopping di royal terhuyung-hayang sebab pemandunya ngantuk. Takut aku tengok suami aku bawa maka terpaksalah aku amik alih memandu. Tengah pandu kereta akmal pulak buat hal taknak dengan orang lain, dengan maid aku die tak mau, dengan hubby aku die tak mau, nak susu dan tido rupanya. Nak taknak aku terpaksa pandu dan breast feed akmal. Sejarah la pandu sebelah tangan camtu bermula dari damansara sampai la ke shah alam rumah aku. Dulu zaman adam gak camtu tapi jarak yang dekat jek la ini adelah 40 min. lenguh tangan jangan cakap. Sila jangan ikut perbuatan aku itu sebab sangat merbahaya. aku ni dah takde pilihan sebab nak balik umah kejat solat tarawikh. kalau berhenti tepi susukan memang tak sempat la aku nak solat tarawikh kat surau rumah aku.









gigih la aku pandu sebelah tangan kerna anak









Berhenti kat traffic light TTDI lepas singgah rumah munirah sempat ber whatappss, hoihhh!








Malam aku sempat gi tarawikh, alhamdulillah. Nampak tak gambar atas tu si adam merayu-rayu nangis nak ikut aku dan suami gi surau. Sorry adam mama belum ade kekuatan lagi nak bawa adam sebab mama takut adam lari sana-sini dan ntah mana-mana pergi sebab adam ni berani lain macam, nanti mama sembahyang pun tak khusyuk.




eh ok la aku nak start prepare barang-barang masak buka puasa ni dan menu aku adelah ikan goreng kerisi garing, sayur turi keledek masak lemak, telur dadar, sambal belacan, kuih gula melaka / ondeh2 melaka dan bubur kacang durian - Home Made






Selamat bertarawikh!





















3 comments:

zeta said...

selamat berbuka yaya..best..byk menu berbuka tu nnt..

Elyn Sani said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa yaya!!

yaya said...

zeta:
selamat menyambut ramadhan to u zeta...

Elyn:
u too elyn!