Friday, June 3, 2011

Studio Photoshoot




Salam jumaat kepada semua, hari ni mood happy. Week end ni dah macam2 aktiviti lagi la pulak my mom datang rumah aku, oh best best best, family activities. Oh nak share sesuatu.



Last week aku ade appointment dengan kiddie fotolab di kota damansara. Sebab aku dapat good deal untuk studio photoshoot anak-anak aku. Selalu setting studio sendiri dan buat sendiri kali ni nak rasa lenggang kangkung datang studio orang dan bawa extra baju anak-anak. Owner studio ni adalah husband and wife sangat baik dan peramah dan paling aku tabik sangat penyabar.



Ye la dah keje die amik gambar bebudakkan haruslah level kesabaran tinggi. Tukang ambik gambar husband priscilla. Mula-mula derang beramah mesra dengan anak-anak aku, ye lah nak create bonding. Anak-anak aku dengan orang luar memang takde masalah selalunya, akmal je kadang-kadang ikut mode dia kalau nak BF memang akan bo layan dengan orang lain.


Lepas dah beramah mesra dengan anak-anak so derang mula fahami ape yang anak2 suka macam adam and akmal pantang nampak ball akan kick punye, muzik pun sama automatik badan akan gerak banyak yang die akan tanya parents nanti. Dah sedia masuk bilik studio, bilik studio masyallah best giler, memang heaven untuk bebudak sebab penuh dengan toys, costume, warna warni memang sangat selesa dan teruja sebab aku yang dewasa pun suka masuk bilik studio die.


Adam buat phoshoot dulu, lepas tu akmal dan akhir sekali family photoshoot. Masa akmal punya photoshoot dah risau sebab akmal dah tak berapa ade mood sebab die dah ngantuk, bila ngantuk nak BF, bila nak BF takde la die nak beriya-iya amik gambar.



Oh next week aku preview gambar-gambar yang derang ambik. korang nak buat photoshoot silalah ke website die dan buat appointment, boleh mension nama aku yaya dan dapat special photoshoot or just inform aku yang korang nak buat photoshoot supaya aku bleh minta discount nanti. hehehehe....




2 comments:

isabelle said...

bestnyaaa..aku mmg gedix bab2 photoshoot nih

salzahari said...

I pun..tp nk tgk hasil2nya dulu!;)