Monday, May 23, 2011

Oh boy!




Anak anugerah Allah s.w.t melahirkan adalah satu nikmat dan nak menjaga sampai besar, masyallah besar tanggungjawab. Sebab tu aku selalu cakap siapa yang belum kawin sila enjoy habis-habisan zaman bujang, nanti dah kawin ade anak enjoy waktu berkeluarga pulak. Akmal sekarang ni tak boleh langsung berenggang dengan aku, aku duduk rumah nak pergi tandas wee wee pun susah nak dapat weh, nak berkepit 24 jam. Apatah lagi nak mandi, ketuk2 pintu sambil nangis, sudahnya aku bawa die duduk dalam bilik air kat dry area so die puas hati nampak aku mandi kat wet area, bayang-bayang pun jadilah :) nampak tak gambar kat atas tu suka yeh mama depan mata.





Petang semalam aku bawa anak-anak jalan2 pergi taman, akmal la paling suka sebab die rasa luasnya dunia ni berjalan laju. Taman yang aku bawa ni bukan taman permainan tapi taman riadah yang ade denai untuk jogging dan menara tinjau untuk menikmati view atas bukit, taman ni jek yang dekat dengan rumah aku. Kalau nak pergi taman permainan naik kereta jek la, nasib rumah aku jauh sikit dari taman permainan sebab aku pernah bawa anak2 aku ke taman permainan, taman permainan sekarang ni dah jadi "port" bibik berkumpul dan bergossip. Anak kawan aku lelaki umur 5 tahun pernah patah tangan masa bermain panjat2 di taman permainan sebab bibik die duduk leka borak dengan ahli jemaah bibik lain-lain maka bibik tu tak dapat la pantau budak tu bermain. Aku beli rumah memang taknak dekat dengan taman permainan.





Oh dah besar anak anak aku rupanya, adam kalau mood die baik dia akan cakap "mama adam nak adik banyak2, macam ni" die tunjuk 10 jari. Tapi time merajuk mood tak baik die akan cakap "mama adam nak adik macam ni je (tunjuk 2 jari) sebab adam merajuk dengan mama".





7 comments:

isabelle said...

rajin hang bwk hp mahal tu ke bilik air krn nak snap si kemal ye?
heee...comel betul la si kemal ni.

tgk tu, doa si kodam anak yg soleh menjadi kenyataan.haha

irvanqiesy said...

chumil btul adam ckp mcm tu...pandai die.

azzamoro said...

akmal sama dgn alyff. tak bleh berenggang dengan aku. aku mandi pun kene bawak dia masuk skali. apesal ntah nak melekattt jek

yaya said...

is:
moment yang tak boleh dilepaskan hp mahal kene redah bilik ayaq gak.

irvanqiesy:
terlebih pandai si adam neh...

azza:
ko pun same ke za, ntah ntah ko pun ade manusia dalam perut cam aku tak, kehkehkeh...

n33za said...

hi yaya,my khalish pon sama,CLINGY..rasanya mmg phase diorang kot kan..geram sgt kdg2..hopefully cepat2 lah phase nih berakhir

Anonymous said...

comelnya ada tu yaya.. anak aku pulak bila tanya NOOOOO katanya sambil lari... haihh

zandria

yaya said...

neeza:
kekadang memang rase nak pharase ni habis tapi nanti in future rindu plak, wink...

anoy:
hehehe kalo cakap NOOOO kejar die pastu peluk kuat2