Tuesday, December 14, 2010

penang holiday 2010





Hello! Gambar pertama aku bagi gambar senyum dulu but adam boo layan sibuk main game. Alright this is entry about our short holiday. Sabtu pagi lepas solat subuh pukul 6.30 dah gerak keluar rumah menuju ke penang. Paling excited hubby sebab die tak pernah gi penang, if u ask me hahahahha i was there when i was 9 years old, giler lamakan. So all of us dah tak sabar nak lalu di jambatan pulau pinang. Kami berhenti di R&R sg. Perak untuk mandikan adam and akmal cos both of them masih tido masa bergerak keluar rumah. Sampai Penang pukul 11pagi but weather so bad hujan :(

Sepanjang berada di penang memang pagi petang dan malam hujan so spoilt our holiday but we manage to do our activity which is makan all the time kekekeke....


Pukul 11 pagi tiba di penang suddenly aircond kereta hubby problem so hubby hantar kat kedai check dan kami berjimba-jimba di gurney plaza shopping, lunch, shopping dan makan lagi.
Gosh i bought 3 jeans from top shop which is different cutting, boot cut and slim fit, well well well hubby telah meyakinkan aku pakai slim fit jeans which is i never confident to wear slim fit jeans.


Pukul 5.30 petang baru check in hotel. Selesai solat maghrib baru kami keluar jalan-jalan sepanjang batu feringgi plus ade night market. Adam sangat la terpegun tengok kapal-kapal tu, nasib tak terlepas aiskrim di tangan.


Lepas dah jalan-jalan di night market kami pi bandar untuk pekena nasi beratur eh patut sebut style penang "nasi beghatuq". Kalau sampai penang ni memang wajib la pekena nasi beratur neh. Tak peduli la beratur panjang pun janji dapat makan. Nampak tak signage tu di buka pada pukul 10 malam jadi kalau bedal nasi tengah malam jangan nak pikir diet segalanya, makan jek puas-puas :)



Hujan dari pagi tadi memang tak henti-henti ye kecuali masa pukul 8 malam yang kami pergi night market tu pastu dah sampai tempat nasi beratur ni hujan balik tapi yang peliknya orang ramai tak peduli pun hujan tu, derang selamba beratur gak sampai la staff kedai tu letak payung banyak-banyak untuk beratur panjang.




Haishhh rempah kuah segalanya sedap, walaupun bahang rempah nasi dan kuah lauk tapi enak!





Me enjoy eating in the middle of night, huarghhh night mare perut lepas tu:)
Tiba hotel dalam pukul 12 malam, bebudak dah tido kat bilik and minta dewi my maid tengok kan bebudak while me and hubby sambung keluar jalan-jalan kat area batu feringgi tu pastu gi urut reflexology, best giler tido malam tu, sedap je lepas kene urut :)




Esok pagi lepas breakfast kat hotel which is masih hujan renyai-renyai kami buat sessi bergambar sahaja tu pun awan gelap sangat nak berjalan tepi pantai pun takot, elok lepas snap few photo tros hujan dan kami check out hotel terus pi bandar!





Tak tau la apa depa buat berjoget depan hotel tuh, pandai gak maid aku amik gambar.


Sampai saje kat bandar matahari terus terik, phewww. Pekena nasi kandar line clear pulak. Kalau ke penang nak cari semua kedai makan ni kene tanya orang, kami tiba bandar dan nampak macam orang penang sedang berjalan kami terus tanya macam mana nak pi nasi kandar line clear. Dapat direction tros zassss sampai lokasi.




Tu dia nasi kandar line clear penang mariiiiiii



Can you see the fish head




The only picture of nasi kandar line clear, itu juga adalah gambar wajah seorang ibu sedang menasihati anaknya supaya makan nasi, adam tak mau makan nasi sibuk dengan robot, haih asyik robot je...



The end, licin nnnaaaaaa



Nasi kandar line clear ni lagi meriah dengan deco sana sini, ini adalah sudut gambar-gambar artis yang penah datang makan kat nasi kandar line clear seperti awal ashaari, sharifah shaira, dato sheikh muzaphar, haishhh ramai la lagi. Hang pi tengok sendiri la.



Ini pulak wall of fame penang!



Keratan surat khabar pasal nasi kandar line clear. If u ask me nasi kandar beratur dan nasi kandar line clear mana lagi sedap? My answer will be dedua sedap tapi nasi kandar beratur lebih uuummpphhh. Aku punya makan tak hengat sepanjang berada di penang sampai akmal ni kene cirit 5 kali poo poo satu hari, ye aku lupa yang aku breast feed anak aku. Sorry akmal but now akmal ok dah.



Selesai makan kami pi jalan-jalan di padang kota tapi tak turun kereta pun sebab dah hujan balik, hhhhhmmmmm cuaca adalah tak best holiday kali neh. Sempat la beli jeruk salak tapi aku bukan penggemar segala jeruk.




Kami balik naik feri, kereta kami pun naik feri, tengok gambar atas tu awan mendung sungguh, huhuhu bye bye bye penang, nanti kami mai lagi naaaa...







Destinasi seterusnya, kami menuju ke sungai petani untuk majlis kawan baik masa uitm dulu :)

Senang nak cari rumah sebab nampak banner yang kami sponser :)




Siap ade budak kecik silat sambut pengantin best! selamat pengantin baru ijan dan det :)


Itu sahaja cerita holiday, dah gi sambung buat keje korang!

6 comments:

Farah said...

hahaha bukak jam 10! memang takde nak diet2 la kalau dok penang ni.

Queen said...

sejakpreggy ni..tgh kari2 tu memang tak lalu kat tekak..tapi yaya sebut jeruk salak je..teruk berair mulut..boleh?..ahahhaa

irvanqiesy said...

oh penang! i miss my hometown... u should go rest.kapitan, ayam tandori super sedappp...

isabelle said...

mak aii..giler lama u x jejak penang.
i hope u enjoyed the food, despite the berulang-ke-toilet-tgh-mlm-buta

zeta said...

haiyaa jeles aku..bila tur aku nk pegi penang plak ni..aku pon lama giler xjejak penang..dah lupa dah brapa lama..beatnya yaya jln2 sana..
nasib baik Akmal masih bleh bersabar sbb ter poo poo smpi 5x..hihi

Ceritera Kami said...

sis u nampak kurus lah... mcmana rahsia nya,,,hehehehehe