Monday, July 19, 2010

Entry khas kepada yang bertanya




okey, ini merupakan entry khas kepada yang bertanya bagaimana saya simpan hinggalah defrost susu untuk akmal. Minta maaf la lambat buat entry yeh, yaya tau kamu dah nak bersalin, anyway good luck. Sebelum tu nak cerita pasal pump susu, i memang recommend pakai pam yang bagus biarpun beribu harga breast pump tu tapi worth buying. Yang penting ia memberi kualiti pada anak-anak. Kepada yang boleh pump pakai jari, memang saya salute seperti mama emma, senag, mudah dan jimat :) heheheh dulu saya pernah cuba pakai jari tapi tak pandai.

Selesai pump susu, labelkan tarikh, masa dan berapa auns susu di bekas menyimpan. Ini adalah sangat penting kerana susu kita juga ade tarikh luput. Sebaik penggunaan dan tarikh luput adalah 6 bulan sahaja.



Saya simpan di dalam 3 bentuk bekas yang berbeza. Yang pertama plastik khas untuk menyimpan susu tu, tak larat saya nak beli banyak-banyak cos harga plastik tu bleh tahan jugak kalau nak beli banyak. Bekas yang tengah-tengah tu penutup pink i beli di lunatots amcorp mall dan sarakids shah alam pun ade jual. Bekas pink tu ade 2 auns dan ade 4 auns. Saya beli 2 kotak untuk 2 auns sahaja so 20 bekas jumlah semua. Bekas botol mom's ni i suka cos bila dah cairkan terus bleh direct susukan baby tanpa tukar bekas plus jimat ruang. Bekas paling tepi kiri tu atau bekas puding i panggil memang banyak i pakai cos murahkan hehehehhe... tapi pengunaan hanya sekali maksudnya bila dah pakai sekali i terus buang/ tak pakai dalam erti kata lain tak recycle. Bekas tu bleh muat maksimum 3 auns.





Saya rendamkan dalam bekas ini


Terus boleh susukan baby akmal :)




Untuk bekas ini pulak sebelum saya pergi kerja kadang saya tutunkan ke bahagian peti ais yang bawah so maid saya tinggal cairkan di luar, tapi selalunya saya tak bawa turun cos maid saya dah terror bab cairkan sus ni kira pass A+ maid haku tu. Ini adalah sangat PENTING kerana bila nak rendam susu JANGAN GUNA AIR PANAS. Kenapa tak boleh guna air panas? kerana anda boleh mematikan segala zat pada susu tersebut. Ini bukan saya yang cakap tapi doktor yang cakap. Jadi rendamkan di AIR SUAM SAHAJA. Tukar air lebihkurang 3 kali dan rendaman yang ketiga mesti susu dah hilang sejuk dan menjadi suam.



sudah cair






Tuangkan didalam botol susu, eh si kodam sibuk plak die...






Ini budak sudah kenyang, burrrppp... alhamdulillah...
Semasa saya tiada di rumah akmal minum susu 2 auns setiap 2 jam. Tapi sekarang akmal sudah 3 bulan saya dah mula ajar die minum susu 3 auns tapi bersilih ganti dengan 2 auns untuk permulaan. Sesetengah orang bagi anak derang thru botol susu jugak walau mereka di rumah atas sebab nak ajar baby minum thru botol. Tapi saya tidak, susu hanya dicairkan bila saya tiada di rumah, bila saya di rumah anak saya direct breast feed kerana bagi saya itulah hubungan istimewa yang terjalin antara ibu dan anak. Alhamdulillah anak saya tiada masalah itu semua begitu juga adam masa die masih BF dulu. Bangun pagi lepas solat subuh adalh wajib pam untuk saya kerana 2 gunung itu tengah berat dan sarat dengan susu :) . Diharap entry ini membantu kepada yang bertanyasaya untuk buat entry khas ini.







10 comments:

nurhasmilaazra said...

ati...tengok akmal lama2 teringat jasmin masa baby..pipi tembam n tegang giler..penangan dek breastfeed....

zeta said...

gud entry yaya..!!
Amboii susu kau byk betul ehh..

fiza said...

Thanks for the info yaya (^_^)

yaya said...

azra:
hahahah tu la the power of "mama milk".

zeta:
ngeee... alhamdulillah :)

fiza:
welcome dear!

isabelle said...

wpun i baru je 3,4bulan benti bf adam... tapi terasa mcm dah lama pulak. sebab actually dah lama x pam. nanti dpt baby, akan terehegeh2kah aku?

Farah said...

like this entry!

hehe takyah pakai food warmer pon ok.

Farah . 5577 said...

tq yaya for sharing..
insyaAllah no 3 nnti nak lg gigih bf.. :D

nisa said...

Yaya!!!!
sayalah yg bertanya 2x aritu, hehe..
thanx sgt2.. byk info..
skrg dah tahu cara simpan & defrost..
sbb setahu saya xblh panaskan susu,
tgk2 Yaya dah ckp buat mcmn..
thanx sgt2..
ok, will defintely apply it soon!!
moga rezeki Yaya bertambah murah & berkat sbb sudi share info & buat entry khas utk tlg mommy2 lain..
:)

gee ryder said...

gd sharing..
byk tul susu u yer..betuah akmal :)

yaya said...

isabelle:
terhegeh-hegeh adalah perkara biasa bila mengepam...
:)

farah:
conventinal pun bagus... jimat... ngeee...

nisa:
happy u glad and harap entry ni membantu u. good luck dear!

gee:
alhamdulillah rezeki baby i...