Wednesday, May 19, 2010

Adoi yay!

Hari ni kepala serabut, macam-macam yang difikir dan nak kene buat, phewww... baru lepas draft letter untuk client aku, ye aku tak kerja lagi masih di rumah tapi tetiba client call and bla..bla..bla.. tengah drfat letter depan PC akmal nangis nak susu, adam time tu jugak la nak itu ini dengan amaid aku tak nak plak.. maid aku dah lama sediakan bahan-bahan untuk masak ayam rendang, bawang lengkuas serai segala barang dah siap aku tinggal perah santan dan masak jap lagi. Antara perkara yang aku fikir:

1. Nak remind hubby amik baju dry cleaning di laundry

2. Maid aku sibuk tanya aku bila nak bawa die gi kedai potong rambut plus nak gi klinik die kene panau kat muka.

3. Nak hantar baju raya hubby tahun ni ke tailor. Aku dah ade 4 helai kain yang belum jahit lagi. Tolong bagi aku idea atau website baju cantik2 termasuk dress untuk aku jahit....

4. Nak pilih-pilih gambar untuk hantar kedai print. Banyak giler gambar dalam bentuk soft copy tak print lagi...

5. Nak asingkan baju masa preggie dulu dalam wardrobe, banyak baju dan seluar preggie yang aku nak let go sebenarnya cos ade 3 helai baju dan 2 helai seluar yang aku beli tapi tak pakai dan seluar maternity dorothy perkin aku salah beli size so nak let go.... sesiapa nak beli baju maternity?

6. Perasaan aku sekarang adelah tetiba nak ber "make-up" bagai. weng agaknya sebab dah lama tak pakai make up dan jumpa client meeting sana sini, oh i miss dat!

7. Aku nak asingkan toys adam mana yang tak bleh pakai dan rosak buangkan saje cos menyemak kat dalam rumah aku neh.

8. Aku rase macam nak bake cake weekend ni so belum go through buku masak aku ape bahan yang takde...

9. Huargghhhh... aku perlukan majalah Pa&Ma keluaran june kerana isabelle sudah sms aku cakap muka aku ade dalam majalah tu masa contest ibu hamil menawan, mesti muka aku horror dalam tu....

10. wehhh... aku nak gi masak sekarang... daaa...

6 comments:

fiza said...

Amboi yaya, byk nye benda yg di fikirkan tu. Untuk list no 5 tu i nak angkat tangan. tgh nak tambah baju pegnant lagi nih (^_^)

isabelle said...

belum start keje lg, u dah semak kepala ni. kesian akmal, yaya. u take it easy. kan awal2 ni fragile sgt, bahaya.

:: m.u.n.i.r.a :: said...

yaya...slow-slow!
orang kata dalam pantang jangan pikir macam2 ;)
errr u dalam pantang lg ke?

Farah said...

hahaha byk btul list to do ni..takpe2 take ur time k yaya..hopefully semua dpt selesai dgn mudah.

Am said...

yaya...bab baju maternity tu aku berminat hehe...nnt ko bleh email kay ekk..amalina.amir@yahoo.com.my

yaya said...

fiza & am:
oh ok... list no 5 nanti yaya post entry yeh...

isabelle:
tu la hari tu jek kepala i semak, la ni ok dah...

munira:
yup dah penghujung pantang, next week dah habis... yahooo!

farah:
heheh thanks farah :)