Monday, January 4, 2010

Masalah...


Serius! i menghadapi masalah. Masalah ni membuatkan i rasa bengang dan tension. Seminggu sekali pasti terjadi pada i tapi kali ni makin melampau plak, i kene berturut-turut dari hari jumaat, sabtu dan ahad. Semalam nasib baik sekejap jek...
Masalah i ialah i tak boleh tidur malam apabila dah terbangun. Selalunya i akan masuk tidur dalam pukul 10.30 atau 11 malam, waktu yang selalunyalah. I jenis yang setiap malam akan bangun buang air kecil tidak kira semasa mengandung atau tidak mengandung. I baca dalam buku dan internet memang lah ibu mengandung kadang-kadang menghadapi masalah tak boleh tidur malam tapi masalah ni benar2 memberi kesan buruk pada diri i.
Contohnya waktu malan pukul 4 pagi i bangun buang air kecil pastu terus tak bleh tido sampai ke subuh. Bila waktu siang i akan jadi mengantuk dan tak bermaya, jadi ianya mengganggu aktiviti siang i. Hubby suruh i tido waktu siang tapi i tak bleh, i memang jenis yang sangat sukar untuk tidur siang. Tau tak perasaan orang yang ngantuk sangat-sangat tapi tak bleh nak tido, kepala jadi ting tong. Tension!
So semalam seperti biasa before tido hubby akan urut kaki i especially betis sebab penatkan berjalan kesana-kemari waktu siang so bila terjaga malam hubby kata nanti u kejut i tido nanti i bangun urut kaki u dengan minyak panas. Oh idea and bantuan dari b memang membantu, lepas urut kaki terus i mudah tidur balik. Thanks b!
Dato' fadhilah kamsah cakap kalau sukar tidur malam minum susu, i belum cuba lagi cos i minum susu setiap pagi jek...


9 comments:

Anasfadilah said...

maybe should try minum susu suam mcm saranan dr fadhilah tu <-- eh,sama plak nama dgn saya *perasan*

dulu masa ngandung kan Ziyyad pun mcm nilah,susah nak tido..

akhirnya,layan dvd csi sorang-sorang sampai ngantuk

CiKaYu said...

hai yaya, u so cute lah pregnant. ur problem sama dgn i masa pregnant dulu. minum susu panas + urut kaki dgn minyak panas mmg membantu tuk u tido. i dah pernah, buat, my hubby jadi tukang urut tiap2 malam.

MeL said...

time pregnant dl i pn ssh sgt nk tdido bila dah terjaga. cara lain xdela kot maybe u try jgklah minum susu sbelum tido..

iem said...

hai,
salam kenal yaya,semalam kita jumpa kat rumah farah...ingat imkan...

time pregnant im dulupun ssh sgt nk tido bila dah terjaga,dok termenung sorang2 hehe

puan punyer said...

alahai comelnya mak buyung ini... hmm muka u cam shila oiam... selalu ku bayang suara mu macam shila gak huhu

yaya said...

dila:
hahahhaha... layan dvd tu idea bagus tapi bilik tido takdak tv so malas nak gi living hall, terkebil2 mata dlm gelap...

cikayu:
serius i tak tahan tak dpt tido malam neh, tapi nanti i nak try minum susu waktu mlm gak since u kata u did and it work!

mel:
u pun sama ke mel, serius mata i dah mcm garfield...

iem:
hai iem, i akan jump ke blog u jap lagi...

puanpunyer:
hahahhaha ramai yg ckp muka i cam shila oiam, dulu i tak suka tapi skrg dah biasa... hehehhe

Lady of Leisure said...

hehe sangat comel...
btw, kesian u tak leh tido malam.. nak kene urut2 skit baru leh tido.. n betul saranan yg lain minum susu suam..
may be membantu..

.small shoes. said...

awwwwwwwww... ur hubby is the sweetest!!!

yup.. warm milk is good!!!

yaya said...

lady and fatin:
yup i nak try minum sus malam plak... ayo fatin, kalau hubby baca mesti kembang kempis hidung...hehehhe...