Thursday, January 28, 2010

Day 4 at Bali



Okeh dah masuk hari keempat di Bali, oh lupa nak cerita di dalam hotel hard rock ni penuh la segala gitar artis terkenal seluruh negara. Yang tak tahan tu si adam dari hari pertama check in hotel dok minta gitar. kalau bleh cabut gitar kat dinding hotel tu dah lama mama cabut bagi kat adam.



Gambar pelbagai artis terkenal pun penuh didinding hotel hard rock



Finally mama belikan adam gitar kapok comel tapi harga die tak comel langsung!

Sementara tunggu rakan-rakan yang lain kami bergambar dulu!


Si comel anak mama


Pandai jek adam follow mama, clever boy!

Okeh hari keempat kami tidak mengunakan service pak supir kerana hari keempat merupakan "freestyle activity". Plan kami pada hari tersebut adelah jalan-jalan di bandar kuta. Seperti gambar di atas tu kiri kanan di bahu jalan tu penuhlah kedai-kedai. Finale day untuk beli souvenier family, staff and friends. Goshhh panas betul bali patut la ramai mat saleh pakai 2 piece.


Ahaks! di bali ni memang glamour la rambut "braiding" ni. Bersepah orang buat rambut ni sebab tukang buat braiding ni pun bersepah, tepi pantai ade, di kedai-kedai ade, spa pun ade. Alrite yang i buat ni yang biasa-biasa aje maksudnya bukan yang jenis detail and halus giler. kalau nak yang kemas dan halus giler buatlah di spa atau di "matahari" (salah satu shopping mall di bali) tapi ambik masa 1-2 jam. Macam i sekali 2 orang yang buat rambut i dalam 10 minit dah settle. Ambik yang simple jek cos petang ni nak masuk poolkan. Dia buka harga RP100,000.00 tapi i tawar dapat RP30,000.00 saje buat braiding.

Almost finish!



Adam good boy duduk dalam stroller


Rambut dah siap, sambung shopping.


Dalam perjalanan, terjumpa balik kawan-kawan yang dah hilang tadi, derang tanya i dapat berapa harga. Nanti u all jump ke blog fiza sebab fiza pun buat braiding, cun!


Lunch di KFC


Penat berjalan, hubby stop kat Spa buat reflexology, huhuhuhu... i pregnant tak bleh la buat reflexology. Tapi i buat yang lain :)


Amboi, hubby skali dengan menicure and pedicure dia buat and me too! Hahhaha sejak mengajar hubby buat menicure and pedicure dah addicted b. Dulu masa bercinta kalau hubby teman saya pergi salon, saya suruh die buat manicure dangan pedicure so takdelah die bosan menunggu saya tapi la ni die dah pandai sendiri.


Ahaks! sementara tunggu hubby buat refelxology, saya jalan-jalan sendiri dan sempat beli skaf dalam gambar kat atas tu. Oh saya memang skaf collectable, takpe sikit hari lagi tudung collectable plak :)



Hubby cakap best dah urut kaki, baru boleh sambung shopping, thumb up!


Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di Hard Rock Mega Store. Sementara tunggu hubby shopping baju pilihan hati die, i klik...klik..klik... sendiri! erkkk gemok la saya tapi pregnant sesuai la tu, saya kuat makan betul pregnant yang kedua ni.


Sudah penat tunggu baba, jom balik hotel! petang ni nak terjun pool.


Pukul 5 petang baru sampai hotel


mama cakap penat tapi best, adam cakap best ade gitar!


Rehat setengah jam kami turun pool


mama cakap adam tak lama lagi jadi abang adam!


My cheeky boy!


I love u son!


kami berendam sampai pukul 7 lebih, bestest moment together!


Malam saya memanjakan diri di Rock spa, sudah buat reservation semalam


Kebanyakkan spa di bali guna USD so saya dah siap-siap tukar USD dari Malaysia. Saya buat aromatheraphy cream bath. Buka rambut tadi terus treatment dan urut-urut, urut bahu paling best skali oh betis skali!


So stay kat hard rock hotel bali jangan lupa gi rock spa tau, service marveles! Oh thanks to hubby kerana menjaga adam dan dinner bersama-sama kawan sejatinye itu!


Selepas habis spa, layan live band kejap pastu balik bilik makan lasagna yang hubby tapau kan.

Esok day 5, sudah mau balik...

Last entry will be tomorrow, to be continued....

6 comments:

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

super cool trip!

jetsetter said...

wow..
I love bali too..tak puas kan gi sana.Mcm nak jer lagi.

iem said...

wow percutian yg best nii

yaya said...

Momy stephanie:
yah, love it. Thanks for dop by!

fadd:
ha'ah la fadd rase cam nak repeat jek lagi...

iem:
agreed, best!

Elyn said...

pergh best nyer!!!!

Farah said...

bes! bes! bes! nak pi jugakk!