Monday, September 7, 2009

Melampau sangat!

Terlalau melampau permintaan Kerajaan Indonesia meminta gaji pembantu Indonesia RM800 sebulan. Saya antara orang yang memakai pembantu indonesia dan macam2 pengalaman saya lalui, bukan semuanya tak baik, maid saya yang mia itu bagus dan Naza pula seperti cerita yang pernah saya post disini tentang bagaimana dia mencuri dan berpacaran dengan guard kondo di rumah saya. Di sini juga pengakuan maid mencuri itu melalui surat yang di tinggalkan apabila cabut lari yang membuatkan saya kerugian beribu-ribu.

Saya yakin bukan saya seorang atau segelintir tidak bersetuju dengan gaji rm800 tu tapi RAMAI yang tak bersetuju, sudah la tempat tinggal, makanan, barang keperluan semua di tanggung malah kalau majikan pergi bercuti dia pun sama ikut bergembira. Ape lagi yang dimahukan? semuanya dalam keadaan yang selesa hingga kalau maid yang datangnya berbadan kurus bila dah tamat kontrak nak pulang kemain gemok badan senang hati duduk di malaysia bersama majikan.

Apabila berlaku kes penderaan maid dari Indonesia, wah macam2 kenyataan dan permintaan dicanang dan di minta tapi bagaimana pula yang maid tinggalkan anak majikan terbiar, merosakan barang majikan, dan paling sedih pukul anak majikan hingga koma dan meninggal ( kejadian di subang 2 tahun lepas, mangsa adelah sebelah office saya). Kenapa bila berlaku perkara sedemikian takde pulak di canang supaya gaji diturunkan!.

Saya berharap kerajaan Malaysia fikirkan nasib rakyatnya dahulu sebelum memikirkan rakyat negara lain. Kerajaan Malaysia sila tepati slogan "RAKYAT DI DAHULUKAN, pencapaian di utamakan"


13 comments:

Ms Lola said...

Mungkin ada kena jugak slogan tu. Tapi "RAKYAT orang lain DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

puan punyer said...

YAYA. klu nk tau setiap kali citer maid kuar kt tv mmg ku ingat citer u n mmg betullah x patut nk naikkan gaji diaorg. Sebab utama gaji minimum pekerja swasta poon banyak yang kurang drpd 800!!!!!!!! dh lerr sumer kiter sediakan pastu demand lak gaji wallawei... ader satu org email kt tv3 tu poon ckp klu nk naik sumer tu tolong lerr byr sewa bilik, mkn, minum, levy etc sendirik jgn nk suh majikan lak byr kan........ hmmm tolonlah kerajaan pk kan smula....

irvanqiesy said...

mmg melampau mcm tu...bayar bonus utk staff goverment pn nk pk byk kali...heh...

Fid said...

mak pun ada bebel bab ni

Jiey^Mien said...

makcik tak setuju!!
sgt mahal hokayy..

CiKaYu said...

melampau sangat...memang melampau. saya takde maid, tapi saya kesian yg ada maid. maknanye kite ni cari duit mudah-mudah je nak bagi kat diaorg.

Mimy Hamid said...

sangat tidak setuju..800 tak berbaloi..banyak sangat wat hall

nydia-mama akif said...

tu la pasal...dah la makan and tempat tinggal dah bg free..takkan bersih rm800 kot,agak2 la kan..camne la diorg ni pikir...yg xtahan tu bile ade cdgn nak bg epf bagai...jadi ke tak diorg implement tah?kalo jadi mmg tak tau nak ckp ape aa...

Siti Fatimah said...

yes yaya!!! me pon x setuju... byk cantek naik gaji sampai rm 800 melampau.... betul kata2 u semua diberi skrg lebih2 pulak kan....

ezzati said...

x stuju jugak...byk sgt..rm400 tu pn durang dh komen lumayan..nk double??ingat org melesia ni kayo sgt gaknye....

isabelle said...

hahaha...i agree with ms Lola.

wahhh..kaya raya la diorg kalo gaji rm800. dah la sume ditanggung!

alamatnya,smpi tua pun mak x pakai maid la kalo mhl cenggini.

w|cKa` said...

saya jugak xstuju pasport disimpan oleh empunya diri.. lagi syok la dia nak lari sbb cuti sehari + ada pasport kat tgn.. cuti ni wat keadaan jadi bahaya. sonok2 diorg cuti pi tenet sana sini, balik2 ngandung.. hadoiiii sapa nak tanggung?

Nurhayati said...

RM800 mmg melampau sangat la..
walaupun aku ni tak pakai maid.. tapi terasa gak amarah orang yg ada maid dan nak pakai maid.. huhuhu