Friday, August 7, 2009

Cerita dari saya....


Sekarang ni saya sedang dalam perjalanan ke Singapura, kota singa itew. Wah hubby really mean it, kene bawa gi holiday supaya tak sakit-sakit, muahahahahah.... (dialog di entry ini). Memandangkan H1N1 semakin teruk kami fikir nak pergi singapore atau tidak. Kalau baca semua surat khabar online semalam, takut betul. Saya pulak rase sesak nafas semalam, hubby ajak pergi hospital ampang.
Kami tiba hospital ampang dalam pukul 9 malam. Sampai jek di perkarangan hospital, masyallah ramai orang dan kebanyakan semua pakai "mask". Apabila tgk keadaan hospital buat saya lagi rasa takut dan menyedari keadaan semakin parah dan langkah berjaga-jaga memang perlu untuk semua orang. Untuk membuat pemeriksaan sama ade kita di jangkiti H1N1, kita kene pergi ke kaunter saringan dulu. Di kaunter saringan pembantu doktor akan tanya masalah kita. Saya beritahu yang saya sukar bernafas sekejap tadi. Dia tanya saya ade demam tak? Saya jawab takde, batuk dan selsema pun takde. Dia suruh saya balik kerana simptom itu tiada kene mengena. Oh mungkin saya pun terlalu emosi bila baca suratkhabar kes H1N1 nih.
Di kaunter saringan menerangkan bahawa cara nak tau kene H1N1 ni ialah paling utama DEMAM di ikuti di ulang diikuti oleh salah satu daripada batuk, selsema,atau sukar bernafas. Alhamdulillah saya tak demam dan hanya sesak nafas semasa baca suratkhabar tu, "saiko" si yaya ni agaknya. Jika di kaunter saringan doktor on the spot chgeck anda dan jika anda menunjukan tanda-tanda dia akan pindah kan anda ke tempat pemeriksaan yang lebih "detail". Hubby call kawan di singapore, katanya keadaan di singapore ok. so kami decide pergilah....
Oh pagi ni saya baca berita harian online langkah pencegahan dilakukan yang mana saya suka atas usaha ini., ni saya copy:
14 korban kes selesema babi KUALA LUMPUR:
Ketika kes kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkat 14 orang semalam, manakala keseluruhan kes mencecah 1,492, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengumumkan beberapa langkah terbaru bagi menangani wabak itu. Antaranya:
1) Hospital/klinik Lakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko seperti pesakit asma dan wanita hamil.
2) 22 hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dengan dibekalkan antiviral Tamiflu.
3) Semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan, dibekalkan dengan Tamiflu.
4) Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi.
5) Semua sekolah diarah memeriksa suhu badan murid setiap pagi.
Masjid di melaka hari ni buat solat hajat avoid H1N1 selepas sembahyang jumaat. Sama-samalah kita berdoa agar H1N1 ni puspus secepat yg boleh.....

17 comments:

Siti Fatimah said...

Happy Holidays To u & Family & Have a gud trip babe!!!
(i yg pi singapore dulu pon picture x sempat2 nak publish hehehe...)

CY3.5 said...

have fun in singapore.. parents saya kat JB je.. tp saya tak pernah jejak singapore.. eh, pernah la.. masa transit kat airport :P


anyways, sudah 3 column blog kamu.. cantek :)

irvanqiesy said...

hepy holiday ye...my fren daughter comfirm h1n1...mmg kesian sbb anak die baru 2thn...tp doc hkl soh kuarantin di rumah sbb tak kritikal...

Emilia said...

wow bestnye gi spore...beb, tak stay jb ke? bole jumpa *wink*

puan punyer said...

takutnya kan yaya.. oo ya ckp psl antiviral my hubby ckp dier tkt nk amik buat masa nih sbb mayb antiviral tu poon dr b.a.b.i... ini hanya andaian sang suami kebenaran kene tanya pakar yg buat antiviral / doktor kot

.small shoes. said...

waaaaaa.. have fun!!!!

ANOI said...

have a great vacation!come back safely..=)

isabelle said...

selamat enjoy!!!
dont forget to take extra cautions too.

MeL said...

ukat sgpore ke ni? kemungkinan i terpaksa gispore besokikut hubby ada deal kat sn huhu..ikutkan xnak kuar g mane2, takot h1n1 ni..

Jiey^Mien said...

Yaya, umah Jiey sblh je ngan hospital ampang tu..
Yang ngadap bahagian emergency tu..

P/s - smlm masa smpi umah mmg perasan pun, ramai tul org kat spital ampang tuh.. Siap duduk2 kat khemah yang ngadap wad bersalin.. tatau naper..

Fid said...

menggerunkan
saya tgh gundah gulana ni anak aku anakku...

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Haslina said...

hi yaya, hope u enjoy yrself kat singa city. actually akak terjumpa yr blog ni masa akak mc 1 week. then terus hooked coz your writing very sempoi and you love to write about yr dadam.. akak ada 2 toddlers; 2 plus and 1 plus. akak kiranya lewat skit sebab dah 43 tapi baru dpt anak sebab baru kawin masa umur 40..anyway, keep on blogging and entertain us more with yr stories.

yaya said...

CT:
Cepat la post gambar u kat s'pore

CY3.5:
Cik yan, berjaya jugak akhirnya saya buat 3 column...

IRVANQIESY:
Yaya doakan anak kwn u sembuh segera. amin....

EMILIA:
Alaaa... dah balik dr s'pore baru baca all comment, nanti ade rezeki bleh kita jumpa!

PUANPUNYER:
Antiviral tu kita kene check sumbernya yek...

FATIN:
Thnaks laling....

yaya said...

ANOI & ISABELLE:
Thanks dear!

MEL:
Ayo dah balik dr s'pore baru baca comment, kalau tak bleh kita jumpa kat s'pore kan...

JIEY:
La u tinggal kat area tu je ke jiey, dekat je lah dengan i. Sarat betul hospital ampang sejak H1N1...

FID:
Anak u demam ke.... alaaaa.. nak jump blog u jap gi.....

HAPI:
Thanks 4 drop by hapi!

HASLINA:
Thanks 4 drop by my blog. Akak nape saya tak bleh masuk blog akak, kalau private tolong invite saya yeh at yayayes7@yahoo.com

achee_b165 said...

takutnya h1n1.. ari tuh opis p-na pun ada suspect sorg..

pastu cuak la, trus la mula rasa sakit kepala la.. sakit tekak la.. imo betol aku nie...

bkn pe hero ku yg sorg tu kan ada semput.. mmg maks x senang duduk la... risau..huhuh

Haslina said...

yaya, akak x ada blog.. berminat nak buat tapi time constraint.. best baca entries dlm blog you.. santai tapi informative.. takper la, maybe kalau ad masa, akak buat la blog but about my toddlers aje la.. akak cikgu so i don't get to move around much.. jumpa students jer hari2..