Thursday, August 20, 2009

Nak kene bagitau ke bila aku beromen!


Baca tajuk kat atas tu pun dah tau yg pagi ni emosi saya tak stabil dan dalam keadaan marah, saya teringat dengan satu makcik ni, okeh ini bukan makcik bertudung litup yg entry sebelum ni ye. Ni makcik yang bikin hati saya panas.

Saya akui bila semua orang dah kawin, orang akan tanya tak putus-putus "dah mengandung ke?" atau "dah ade isi ke?". Soalan - soalan begitu normal la kan. Saya rase beruntung jugak kerana saya bunting pelamin, atas pelamin bersanding tengah period pastu terus tak datang period sebab pregnantkan adam. Lepas habis pantang bersalinkan adam memang saya ada ambil injection 3 bulan sekali sebagai protection malah injection itu membantu saya banyakan susu badan. Tapi saya inject 2 kali jek maksudnya 6 bulan la pakai protection injection tu pastu saya dah tak pakai.

Mak saya menggalakan dapat anak ke dua selepas adam dah 2 tahun tapi kalau Allah S.W.T nak bagi saya tetap gembira. Rezeki anak buat ape nak di tolak tambahan pula hubby yang bercita-cita nak anak ramai, minimum 7 orang katanya, mak i bleh ke aku tu, takpe b demi cintaku pada mu aku cuba, ceh ayat mengada. Baru-baru ni jugak la, ada sorang makcik ni tanya saya depan saudara2 yang lain semasa saya nak salam dengannya, "ha ni bila nak dapat anak no 2 ni, asyik nak cantik jek melawa camne nak dapat anak no 2". Hello makcik itu bukan ko tanya itu ko menuduh. Tau tak perasaan aku camne time tu......
Perasaan aku masa tu macam nak tarik makcik tu masuk bilik, kunci pintu tanggal baju aku, tanggal bra aku pastu cakap kat makcik tu "makcik nampak tak merah-merah kat tetek saya ni, ini namanya love bite yang di buat oleh suami saya semalam, kami baru lepas beromen sakan 40 round semalam untuk dapat anak ke dua". Agaknya baru puas hati dia. Tapi itu hanya perasaan marah aku pada dia terkubur dalam hati, kalau menjawab dan heret makcik tu bebetul masuk bilik depan orang ramai kang nampak macam aku ni takde adab. Jadi aku senyum dan berlalu sahaja. Bila ngadu kat hubby, b cakap "ala... die memang camtu, ignore jek".
Saya tak marah pun kalau orang nak tanya saya bile nak dapat anak no dua tapi boleh tak jangan buat statement atau menuduh macam kat atas tu "ha ni bila nak dapat anak no 2 ni, asyik nak cantik jek melawa camne nak dapat anak no 2". Takde cara lain ke ko nak tanya selain menyakitkan hati orang. Ape kene mengena cantik dengan dapat anak ni. Oiii... makcik meh sini cuba ko selak baju aku ni tengok perut aku yang pecah2 lahirkan adam neh, cantik ke tak cantik. Bongok betul!.
Kalau la makcik tu budak umur 5 tahun dah lama dah aku cubit curi dan bla terus dari tempat tu, takan la orang tua. Kan lebih bagus kalau tanya " bila yaya nak dapat anak no 2?" atau "adam bila nak kasi adik" atau "wah! adam dah besar, dah boleh ade adik". Kan lebih bagus tanya camtu. Nanti la makcik tu, lepas aku beromen jek nanti aku tepon kasi tau yang aku baru lepas beromen untuk dapat anak seterusnya...
Bikin hati panas betul dengan tuduhan ko tu wahai makcik!

24 comments:

AiNeRzA said...

ahaks...kak yaya...orang tua...tapi marah betul pagi nih...sabar erk...jgn marah2...dah nak masuk ramadhan nih...nanti mak cik tu sedar la sendirik tu...biasa la...org tua...kalo x sedar jugak...kira nyanyuk la tuhhhh~~~hihihihi

azzamoro said...

haha... panas jugak bile dgr.. patut ko laser jerk kasik dia diam. aku pun ala bengang ngan org2 mcm ni..

precious innocent said...

nie sah u period nie, tu yg emosi x stabil.. hehe..

mujur i x kena mcm tu, sbb kalau org nak perli tepek i, org tu kene perli tepek dulu kat SIL i, sbb dah 1yr+ kawen tarak bayang nak kasi cousin kat ryan.. huhu

-mama emma®-

Mimy Hamid said...

yang benornya dia nak dgt u habaq mai "yer makcik mehla join tgk dpean mata saya beromen"..hehehe..sabar ek yaya...buktikan buktikan

pet said...

wahh mesti satu kampung histeria kalau ko wat camtu kan..pastu kuar kat headline sokkabar sinar atau sensasi

"seorang wanita anak satu cuba melampiaskan nafsu serakahnya dengan mencabul makcik saudara"...
waakkakakakakaka

just kidding babe, tapi mmg klaka
imaginasi ko tu. :D

Emilia said...

babe, ko selalu letak tajuk ngeri.
berdesing gak telinga ek. sabo je la ye... :D

Ms Lola said...

Gua tak nak komen. Nanti Guakenalagibeb! Muahahahah

sarah al -idrus said...

hehe.wah.org bujang dah terbace ni.hehe.:P

Queen said...

sian u.....
tapi takpela...maybe die tak delah bermaksud nak menuduh kan..
sometimes orang terlupa jap batasan nya...

forgive and forget...so, u takdelah sakit hati..pahala pun dapat....

chill ya!

CY3.5 said...

makcik takmo beranak lagi ke? ngeee..

achee_b165 said...

ko cakap je..
"cantik la bagus makcik, utk laki saya jugak... sebahagia dari acara buat anak maa.. kang x cantik laki lari dok jauh2, lagi x leh nak wat ank...."

~p-na mama oja~

okinokiyo said...

yaya, aku pun makcik2 aku kecoh tnya.nnti kang time raya ni lgi la kecoh tnya.kdg2 aku naik mls dah.so baik aku buat2 xnampak jek diorg ni.

salzahari said...

oohh...same laah..satu ospital ni suka tanya i gak. bab ni, mereka dah tak ingat aku boss IT ke tak, main tanya je mcm aku leh tekan suiis terus dpt!

kdg2 jwb gak.."esok kot.." ...ehehhehe

Zety Zin said...

makcik tu jeles sebab you cantik. itu yang sebenarnya. hahaha.

Mama Adib said...

wah kalu aku d tanya dengan soalan gitu pun berbulu

apapun hang memang lawak.. berair mata aku tahan gelak
leh nak heret makcik tunjuk love bite kah kah kah

yaya said...

YAYA TO ALL COMMENTOR:
Tak sempat nak balas satu2 comment nak keluar jumpa client, anyway thank 4 da comment , saya emosi pagi tadi sekejap jek, sekarang dah ok!

isabelle said...

bagus gak cadangan ko tu.
at least aku dah bersiap sedia kalo blk raya nnt ada mulut2 cabul yg nak tanya mcm tu.

selama ni, aku dok ngadap org ofis ni..aku just plan nak jwb
"dulu ms zaman anak dara, tanya bila nak kawin. dah kawin, tny bila nak dpt anak. lps ni, nak tanya bila nak bcerai lak ke?"

tapi ayat ko tu lebih power la. akan kusematkan dlm hati buat bekalan blk raya nanti. hahaha (gelak setan)

puan punyer said...

xper yaya ignore jer makcik tu..... sememangnya manusia gtu. x kawin bler nk kawin. dh kawin bler nk beranak. dh ada 1 biler nak tambah... bler dh ramai kang muleler. ramainyaaaaaaaaa larat k jaga sumer tuh. ishhhh manusia

.small shoes. said...

woohoo.. statement brani mati btul makcik tue! nasib baik org tua.. hahahhaa.. sabar..sabar...

Farah said...

hah sah sah makcik tu jeles kat ko yaya...kalau aku laser balik je..eh saya cantek je makcik tima kasih laa patutla laki saya balun saya hari2 hahaha..kasik panass balik!

fiza said...

Sabo yer yaya, memang panas ah ayat makcik tu, aku yg membaca ni pon hangin, inikan pula ko yg mengalaminya.

CintaMelya said...

susah jugak yer bila dah kawin nie. org tanye psal anak plak. bagi yg bujang, tanya pasal bila nak kawin. adoii.. tabiat org malaysia gamaknye...

Lan0stZz said...

mak aih comfirm raya ni semorang tanya soalan sama sehhh. apo den nak jawab ni?? baik yg kasi laser sket. rimas betol soalan2 cepumas.

Watie Aziz said...

hahhaha...ko ni terer gak wat lawak erk..tergelak aku baca walaupun dah terlambat aku baca ... hehehe..

ko siat jer mulut makcik tuh!! wakakkaa