Tuesday, August 25, 2009

kecewanya saya....


Semalam saya sangatlah kecewa. Perasaan saya adalah kecewa campur bengang campur marah campur segala yang bikin negatif, takde ion positif. Semalam macam biasa kene redah jalan yang sesak kami singgah pasar ramadhan yang kononnya nak beli air kelapa. Semalam cuaca adalah sangat panas jadi terbayanglah air kelapa yang sangatlah sedap kalau membasah di tekak. Tau tak perasaan saya yang nak sangat air kelapa tu. gerenti puas hati kalau dapat minum seperti yang dah diidam dan bayangkan.
Setibanya di pasar ramadhan ade lebihkurang 4 ke 5 buah gerai jual pelbagai jenis air. Saya belilah di sebuah gerai yang agak meriah dan ramai orang, dalam hati berkata "wah mesti sedap air kelapanya kerana meriah dan ramai orang". Gembiranya la hati menjinjit bungkusan air kelapa tu bawa pulang ke rumah.
Sejurus azan maghrib kami baca doa dan makan kurma, lepas tu minum air masak. kemudian masa yang dinantikan untuk minum air kelapa, uishhhh laju tangan saya capai gelas yang berisi air kelapa tu, sekali masuk tekak rasa cam nak baling air kelapa tu kat penjual air tu. Tau tak rase air kelapa die camne? macam minum air paip, rase air kelapa takde, rase manis pun takde, memang macam beli air paip dan isi kelapa sahaja. Tawar dan takde rase air kelapa!. Kecewa dan marah bukan kepalang saya. Wahai para peniaga bazar ramadhan tolonglah jangan berniaga sedemikian. Tak berkat duit yang dapat tu kalau orang merungut dan berperasaan macam saya semalam tuh.


20 comments:

AiYa said...

hoh xpatut xpatut.

Anasfadilah said...

takpelah yaya,rezeki juga tu..sabarkan aje

kalau semua orang dah beli kat situ semalam,sure orang dah tak beli lagi kat dia

jual air kelapa,rasa air paip..tu dah nama menipu dalam berniaga

esok kat akhirat menjawab laa..hehhe

Mimy Hamid said...

nak bisnes nya pasal..bab menipu pandai..outta betul..hangin la peniaga camni..kita nak tlg dia..dia lak wat lagak hantu

salzahari said...

oohoo..sian u..
samalah my hubby smlm beli ayam percik tp bau dan rasa ayam tu mcm dah nak busuk. mesti yg smlm tak habis bakar, dia bakar je semula.

bazir duit laki aku beli sampai 4 ketul = Rm10.00...mmg tak berkatlah org berniaga gini! nak untung jer...

irvanqiesy said...

btul yaya...kdg2 dieorg ni tgk org lain niaga die pon nk niaga gak,akhirnya jd mcm tulah...buat org sumpah seranah jek...

Zety Zin said...

Bulan puasa ialah bulan di mana kita boleh membeli makanan yang mahal tapi tak sedap langsung! Setuju?


Better beli kat orang yang dah biasa kita beli dengan (oh susunan ayatku). Macam org yg biasa bisnes pasar malam ke. Huhu.

MeL said...

teruklah klu meniaga cmni kn? xbaik menipu org. xpelah yaya, esk try tempat lain plak ke?

Zuhaini said...

saya 1st day puasa pun tension sebab konon beli air jagung, tup tup rasa mcm apa tah!

Emilia said...

alahai kesiannye... sabar ye yaya...dugaan di bulan puasa :)

sila jwb tag klu belum buat dan klu rajin...mak tak paksa <----ayat takut sbb tag org tgh kecewa dgn penjual air kelapa...ngeee

FaizAmYAirieL said...

tuhla yaya..tu air xpe lagik..kalau makanan cam ikan bakar or ayam percik yg x masak dlm siap ade darah2 lg..lagikla sakit hati jerk..huhuhhh

yaya said...

AIYA:
Memang tak patut....

ANASFADILA:
Sejuk sikit hati saya baca comment kamu....

MIMIY:
Diorg ni lupa kot menipu tu berdosa...

SALZAHARI:
Hbby u pun terkena gak yek...

IRVANQIESY:
Memang saya menyumpah...

yaya said...

ZETY:
Betoi time puasa ni semua mahal tapi rase tak seberapa...

MEL:
Tu arrr frust konon nak minum air kelapa dapat rasa air paip plak...

ZUHAINI:
U pun terkena gak, air jagung pun tukar rasa ka...

EMILIA:
Oh walaupun frust dan marah tapi tag akan ku buat...

FAIZA:
Adoi bab ayam tak masak lagi tu lagi hangin tau...

Watie Aziz said...

iskkk..kong ajar tul tuh ...harus lempar jer balik kat dia ..heheh...(mentang2lah aku tak poser ...sesuka hati nak hamum orang ..wakakak)

tapi mmg tak berkat ah meniaga cam tuh... dah lah barang semua mahal..bglah kualiti sikit punya hasil... siut jer

jetsetter said...

Haih,
Kdg2 kan org yg jual kt PARAM ni..niat nk jual semata2..asal laku sudah tu yg jadi camni.Nampak sedap kan skali masyaallah..mmg menyakitkan hati!

Jiey^Mien said...

huhuhu.. smlm nk minum air kelapa gak..
tp pokcik hubby tuh lupa plak nak beli..
hari ni la carik.. yaya pn carik la lagik..
kiranya ala2 kita sesame minum.. =)

yaya said...

WATIE:
Kalau tak pose tolong pukulkan org tu utk aku...

FADD:
Fadd, memang sakit hati i minum air kelapa tuh..... sabar jek la...

JIEY:
Takde mood dah i nak minum air kelapa jiey....huhuhu....

az1ra said...

Alahai kesiannya..
agaknya ais batu dah cair kot..
takpe ari ni cari yang fresh punyer yer...

syayassir said...

meh la datang sini, kita panjat pokok kelapa, ambik airnya nak? :D

Queen said...

beli la air kelapa yang biji tu....erm..dalam rm2.20..tapi boleh minum utk 2 org..puas hati.

Sabar eh yaya..dugaan nieyh sebenarnya..
banyak2 kan istighfar....dapat pahala...
k!

happy fasting!

Drama Mama said...

hi yaya, returning the visit. :-) sungguh tak patut. dah banyak dengar complain skang nih, so far this year my husband hanya beli kuih kat bazar ramadhan. and guess what? most of them pun rasa macam nak baling ja. diorang ni memang asal boleh nak meniaga..nak kaut untung ja tsk tsk tsk