Monday, July 27, 2009

Kiddos but not overdose...




Alya birthday cake
Gosh! minggu ni kami pergi birthday party lagi, tapi birthday party tertutup dari my sister kaklong. Birthday party for Family members only. Hari jadi Alya ke 2 tahun. Same age with my adam. kali ni saya dah penat cerita pasal birthday party tapi saya nak cerita mengenai anak saudara saya. Ye kesemuanya...
Alya
Alya anak kaklong yang ketiga daripada 4 orang. Alya sangat cergas dan kuat. Paling penting dia sangat berdikari, alya ni tak kisah pun kalau orang tak main dengan dia sebab dia boleh main sendiri. Pendek kata "kalau ko tak nak kawan ngan aku, aku tak heran, bleh main sendiri" macam tu lah lebihkurang gayanya....


Aisyah

Aisyah ni adalah anak kak long yang pertama, oh saya sayang kat dia kerana saya rapat dan jaga dia masa kecil. Masa dulu, Kalau saya nak balik rumah dari uitm saya minta singgah rumah kaklong di PJ utk ambil aisyah bawa balik rumah tok mak. Dia di ulit oleh kami adik beradik bagai puteri mengada kerana dia adalah cucu pertama. Maka kitaorg mak sedara yang belum kahwin ketika itu layan dia baeeekkkkk punya. Sekarang masing-masing dah ade anak harapan la si aisyah nak mendapat layanan emas dari kami seperti dulu. Wahahahhah..... pesanan dari ucu, sila jaga diri sendiri. Muehmuehehehhe.... tapi ucu tetap sayang kamu aisyah!. Saya selalu ejek dia bawang merah sebab muka dia macam pelakon sinetron bawang merah tu.


Alisa

Ini pula ialah Alisa, alisa adalah adik kepada aisyah, mereka hanya beza umur setahun. Diorang berdua rapat ya rabbi mungkin umur dekat2. Alisa pun anak buah kesayangan ucu jugak. Nasib korang ni semua wujud sebelum ucu kawin dan ade anak sendiri, kalau tak harapan la nak bermanja sakan dengan ucu dulu. Alisa pun kesayangan ucu.... Oh alisa ni soft hearted giler. Sangat baik hati, semua benda dia akan "beralah".



Zakwan

Zakwan adalah anak kaklong yang last. Secara jujurnya zakwan memang tak rapat dengan ucu pun sebab zakwan ni manje sangat dengant mummy dan bibik nya sahaja. Mungkin jarang jumpa. Oh kalau letak saya di sebelah bibiknya dia akan merangkak ke arah bibik dari saya. Mungkin dalam hati zakwan "eleh, ucu dah ade adam, lebihkurang zakwan, tak yah la nak ambik hati zakwan lelebih, tapi duit raya bleh bagi lebih". Cet kamu zakwan, ucu sayang jugak....




Maryam
Maryam pun manje dengan saya jugak. Dia antara salah seorang anak saudara yang manja dengan saya juga kerana kakak saya si kak uda tinggal dekat dgn rumah my mom so kami selalu berjumpa. Saya suka sangat tengok mata maryam yang bulat itew. Budak kecik ni sangat peramah dan mudah berkawan. Oh, maryam adalah anak kakak saya si kak uda. Kalau dengar maryam bercakap atau bercerita, alahai boleh bikin hati cair. Cerita2 dari maryam selalunya comel walaupun kekadang agak melalut atau merepek di hujung cerita. Dia berumur 4 tahun so cerita yg saya selalu dengar dari dia ialah cerita maryam bersama rakan2nya di sekolah. Oh yang kelakar maryam letak nama barbie dolls dia sume nama yg tak commercial atau nama org malaysia seperti "intan, rapeah, sharipah dan rokiah". Maryam kamu sangat kelakar, ucu sayang kamu!



Iman

Iman adalah adik kepada maryam, iman ni sangat sensitive budaknya, tapi kalau marah mata die kemain menjeling. Kalau iman jumpa adam di rumah tokmak selalu gaduh, Adam dan iman tak leh jumpa selalu ade jek benda yg nak di gaduh dan selalunya rebut mainan. Ntah hape2 yg direbutkan si adam dan iman pun saya tak faham. Tapi selalunya adam ni memang suka dengki iman cos iman ni bleh tahan lembiknya. Adam terkenal dengan perangai buli orang dkalangan keluarga saya, oh anaku adam pun satu jugak!. Tapi iman ni cerdik budaknya, i mean cepat menangkap. Dia sudah kenal semua colors, numbers and shape pada usia setahun beberapa bulan. kakak maryam pun selalu ajar iman.



Jasmin


Ini ialah jasmin, anak abang ngah saya. Si jasmin ni perkara pertama yang saya nak cakap ialah "jasmin anak abah". Jasmin ni manja betul dengan abang ngah saya. Pantang nampak abang ngah pegang budak lain cepat jek dia mencebik dan nangis. Walaupun manje sgt dgn abahnya tapi rambut kerinting jasmin sangat comel, ucu suka. Jasmin pun tak nak sgt kat ucu sebab jarang jumpa, cet tak nak dengan ucu yeh, camni duit raya di turunkan, wakakakkka.... Oh lagi satu jasmin ni kulit dia amboi mak ai... halus mulus macam sutera. licin putih, kalau pegang tu alahai halus sedap jek kulit jasmin, mungkin penangan losyen setiap hari atau semulajadi ke....




Last sekali.....



Anakku si adam yang sibuk nak main skuter....




7 comments:

sarah al -idrus said...

hehe dok scroll cari2.rupanya adam last skali? hehe.

precious innocent said...

i berani jamin, raya tiap2 tahun allocation duit raya bebudak nie sure bikin kamu kopak kan??

-mama emma®-

yaya said...

SARAH:
Muahahahaha... entry ni adam tak payah cite sgt cos adam punya cerita setiap hari ade...

EMMA:
Oh emma kamu sangat betul!. itu baru duit raya belah i jek belum sebelah hubby lagik...

azzamoro said...

ramainyer anak sedara ko. best aa. aku dua dua belah airyll yang 1st. so dia aa yang ngade ngan uncle2 & aunty dia..

Farah said...

banyaknye anak sedara kamu yaya..bes aa adam byk geng!

irvanqiesy said...

yaya ramai adik beradik perempuan ye...best ramai adik beradik,sy hanye 2 beradik jek...hihii...oh jgn lupe vote sy ye...
http://sereniety.blogspot.com

yaya said...

AZZA:
Best la airyll cuc 1st, mesti kene ulit manja dgn saudara mara punye...

FARAH:
Tpai byk geng pompuan belah i...

IRVANQIESY:
4 jek tapi masih rase sikit bile dah kawin sume...