Wednesday, July 22, 2009

kene kejar dgn lelaki giler seks!



Dulu masa zaman universiti, bile datang kelas kekadang ade dengar cerita beberapa kawan yang terjumpa orang giler seks, macam-macam cerita dan experience diorang. Masa zaman universiti dulu i tak pernah jumpa oarang giler seks ni maybe sebab i naik kereta, kalau kat area universiti ni org giler seks punya target tempat selalunya di taman-taman atau tasik. Orang giler seks ni selalunya lelaki la kan.... Yang i tau lelaki giler seks ni akan mengeluarkan anunya pada perempuan yang dia target. Perempuan yang terkejut dengan kemunculan lelaki giler seks ni akan menjerit bertempiaran lari. Kesian lelaki giler seks itu dan juga mangsanya. Kesian lelaki gile seks kerana die jadi "gile seks" dan kesian mangsa perempuan itu kerana dia adalah "mangsa" yang tak bersalah.


Okeh saya merasa pengalaman kene kejar dengan lelaki giler seks ni pada tahun 2006, masa tu saya dah kerja pun. Cerita kene kejar dengan lelaki giler seks ni memang kadang-kadang buat saya rase takut dan nak upah orang belasah lelaki giler seks tu. Masa tu saya kerja di company lama saya dulu yang terletak di ampang. Kalau drive kereta tu lebihkurang 10-13 min la dari rumah nak ke ofc. Malam tu ada rehearsal event kat pwtc, dapat plak client yang agak cerewet, ntah berapa kali ulang gimmick event die, lagi pun memang loading barang pun lambat cos dewan ade org lain pakai ptg tu. Okey habis rehearsal event lebihkurang pukul 1 pagi. So saya hantar pet kawan saya balik ofc dulu, ramai yang tidur kat ofc jek hari tu cos esk call time pkl 7 pagi.



Saya decide balik rumah, Okey keluar dari ofc lebih kurang pukul 1.30 pagi terus pandu kereta menuju pulang ke rumah, masa keluar kat T junction ofc, saya nampak ade motor skuter warna kuning macam nak langgar kereta saya so saya horn la, horn kecik jek, pastu saya pun terus pandu kereta macam biasa sambil layan lagu kat radio. Tak lama kemudian, saya perasan motor skuter kuning tadi ade belakang kereta saya, dalam hati saya "oh mungkin dia nak menuju ke kawasan yang sama dengan saya". Ok sambung lagi bawa kereta, masa tu saya dah berada di kawasan ampang jaya, eh motor skuter kuning tu ade lagi kat belakang kereta saya, mase tu ade 2, 3 buah kereta lagi melalui kawasan yang sama, saya biar je lagi.



Masa dah nak masuk kawasan rumah saya tu which is selekoh rumah, motor skuter kuning tu mengikuti kereta saya rapat, saya dah start query. dalam hati tu cakap "takan dia nak bagitau tayar kereta aku bocor kot?, kalau nak bagitau mesti dah bagi isyarat tangan jek, apsal nak follow aku sampai kat umah?". Dah masuk jalan rumah parent saya tu, saya terus parking kereta kat depan rumah jek memandangkan esk saya nak kuar awal pagi. Saya seperti biasa off radio, air cond kereta, tapi elok jari saya nak matikan enjin saya nampak motor skuter kuning tu park motor depan kereta saya, terkejut giler beb, dah le malam bute sunyi giler. Jarak motor skuter tu tak delah dekat sgt dgn kereta saya lebih kurang dalam 7 - 10 kaki tapi berada depan saya dan lelaki itu memandang tepat ke arah saya yang berada dalm kereta ni.



Nasib baik saya parking kereta depan rumah tu betul-betul tepat bawah tiang lampu jalan so agak jelas la. Saya pandang muka lelaki tu yang tengah duduk atas motor skuter kuning tu, budak muda lebih kurang umur 21, 22 la, muka bleh tahan handsome, ala mcm budak2 skuter ni nye style la. Saya tengok budak lelaki tu dengan pelik "apsal budak ni stop motor depan aku neh pastu pandang". Laaaaaaaaaa.... saya baru perasan, budak lelaki tu tengah sedap layan melambung-lambungkan penis @ batangnya. Masa tu saya tak rase takut lagi, saya rase marah dan geram, bukan geramkan batangnya, saya geram tgk perangai budak lelaki gile seks tu, ko ni muda lagi, muka pun bleh tahan, apsal nak jadi budak giler seks.



Saya rase nak keluar dari kereta dan amik stering lock nak gi hempuk budak giler seks tu. Tapi apelah sangat kudrat perempuankan... nak dibandingkan kudrat orang lelaki. Adelah dalam 45 saat saya rase saya tgk tayangan percuma dari mamat skuter tu, waktu tu saya dah rase takut, nak keluar kereta nak buka gate tu pun dah cuak giler babi. Kawasan rumah saya tu dah sunyi giler. Saya on aircond balik dan terus pandu ke office balik. Saya bawak kereta laju giler. Masyallah, lelaki giler seks tu bleh kejar kereta saya dengan motor die tu, saya paling tak sangka die kejar kereta saya. Tau tak, dah macam cerita drama atau kisah benar malam tu. Bile dia start kejar kereta saya tu barulah saya rase takut yang amat sangat. Menggigil-gigil tekan hp nak call bebudak ofc ni. Saya pandang side mirror kereta, gigih die kejar saya. Ya allah, masa tu saya sebelah tangan pegang stering, sebelah lagi pegang hp nak call bebudak ofc, mata sekejap pandang depan sekejap pandang side mirror, giler malam yang dahsyat pada hari tu.



Akhirnya pet angkat telefon, saya terus bagitau, "petttt... ade org giler seks kejar aku, aku on d way ofc balik nihhhh.... tengah cakap telefon tu bleh die rapatkan motor die ke pintu kereta saya dan cuba buka pintu kereta saya, lagilah panik, saya terus pandu, die cuba buka dan tarik pintu kereta saya lagi. Saya tak sangka yang orang giler seks sekarang agresif tahap camtu. Dia ambil kesempatan nak cuba buka pintu kereta saya bile kereta sedang membelok dan langgar bumper walaupun saya hentam jek langgar bumper tanpa tekan brek. Nasib baik pintu kereta lock. Dah nak sampai jalan besar tu barulah motor skuter tu terus belok ke arah jalan lain. Sampai kat bawah ofc tu saya tengok, pet dah pegang payung, sanko dengan bunting stand, si zarin pun dah beriya-iya nak belasah org giler seks tu, hhhmmm tak dapat pun nak hempuk mamat giler seks tu sebab dia dah cabut masa masuk jalan besar tu. Malam tu saya pun tido la kat ofc, bebudak tu plak ade yang buat kerja lagi. Nasib baik la ofc lama tu siang ke malam ke sama jek, sentiasa ade orang ramai. Untung bos lama tak payah hire guard.



Malam tu call la hubby yang pada ketika itu adelah bakal tunang saya. Hubby pun tak leh buat ape kerana die berada di singapore kerana kerja. Bergayut la telefon mengadu dgn hubby yang berada di kota singa itu. Mengapalah time tu hubby ade kat singapore, tension haku time tu. Esok pagi dalm pukul 6. 50 pagi saya balik rumah mandi-mandi terus gi pwtc which is the day of event. Tak cite pun kat parent saya hingga sekarang. Nanti risau plak diorang tak kasi saya balik malam2 sedangkan kerja saya memerlukan saya balik malam kekadang. Okey saya pergi report polis esk tu hasil nasihat dari hubby sebab lelaki gile seks tu ikut sampai rumahkan....



Cerita di balai polis lagilah Hebat okeh!

Saya pergi buat report polis ditemani kawan saya si pett, oh pett masihkah ko ingat cerita ini. Saya report seperti biasa di kaunter balai polis ampang. Selesai report ape yang berlaku dari A to Z, polis wanita itu suruh saya naik atas tingkat 3 jumpa inspektor perempuan yang saya dah tak ingat namanya. Dalam hati "nape nak kene naik jumpa polis lain lak ni sambil pegang report yang saya buat tadi". Okeh sampai di bilik inspektor polis tu pun suruh saya duduk, polis tu pun baca reprt saya tadi kemudian soal saya:

Okey Cik, saya ade beberapa soalan yang perlu saya tanya. Jadi saya minta cik beri kerjasamalah ye.

Saya angguk dan muka get ready utk ditanya. Soalan permulaan adalah biasa sahaja seperti macam mana wajah lelaki itu, lingkungan umur berapa, motor ape, dan sebagainya. Saya pun jawablah dengan betul dan tenang. Okey masuk soalan yang saya takan lupa dan tertanya-tanya hingga sekarang perlukah soalan itu. Soalan ganjil itu berbunyi seperti ini:

"Cik, kemaluan lelaki itu berbulu atau licin?" erk... terdiam saya ( dalam hati saya, perggghhhh keji giler ko nak suruh otak aku refresh balik anu mamat giler seks tu....)

Saya jawab., takde bulu. (konfiden ingat.... perggghhh tak bleh blah)

soalan berikut, "besar penis lelaki tu lebih kurang berapa sentimeter?" Ye soalan giler datang lagi, muka saya berkerut dan macam tak senang nak jawab, (sebenarnya tak bleh ingat dibawah cahaya yg samar-samar plus keji nak refresh otak aku neh...)

Polis wanita tu pun cakap "cik saya memang kene tanya soalan-soalan yg sensitif macam ni ye, jadi cik kene jawab"

Aku bantai jawab ntah bape sentimeter ntah, aku tgk pett dah senyum2, kalau takde polis tu mau pett dah bantai gelak tak hengat sebab kitaorg gelak giler tak hengat lepas keluar balai polis tu.

Nak tau ape soalan polis tu lagi, Warna ape kemaluan lelaki tu, adoi manalah aku ingat gelap ke putih melepak ke kan, lagi soalan hebat adelah ade nampak tak telur lelaki tu, berbulu tak sekeliling tu , kalau bulu kerinting ke lurus, perghhhh polis ni ingat aku pegang belek-belek ke kemaluan mamat tu. Dah selesai aku balik jek. Sampai ofc aku cerita kat bebudak ofc, kemain terbahak-bahak diorg gelak. Korang yang tengah baca ni pun mesti tengah gelak.... Hoi tapi pengalaman kene kejar ngan lelaki giler seks ni memang tak leh lupa.

Ofc saya sekarang ni parking kat basement, tapi nasib baik basement terang berderang dan tak sunyi sangat. Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diingati dan ambil berat. You all yang balik keje lewat malam pun berhati-hatilah. Jaga keselamatan yeh. Ape-ape pun soalan keji dari polis memang tak leh lupa.

Kalau saya jumpa budak skuter giler seks yang kejar saya tu dulu nak jek saya cakap "dek, kote anak akak si adam tu lagi besar dari adik punye tau". Ceh macam berani jek....




36 comments:

Mrs.R @ Emi said...

memula baca rasa takut sgt2..bila masuk part p report kat balai polis...mmg dh xtahan dh..gelak sowang2 kat opis ni

!Nt4N said...

bengong ar polis..ko pun 1 g layan polis tu watpe..kalo aku da sound dia balik..

wakakaka kes aku x advanced mcm kes ko..ko ni da tahap bole jadi eksiden masuk parit kalo xle kawal keta masa tu..

Mama Adib said...

yea nyah, memula mak kecut giler, tp makin lama citer hang lawak la plak kah kah kah

anyway sungguh ngeri aah,bahaya bahaya

pet said...

woi aku kalau teringat ni memang gelak tak abesla! yang x tahan masing2 pegang payung, bunting stand bagai pukul 2 pagi tu.wkaakakak..aku igt kalau budak moto tu ade memang separuh mati dikerjakan kitowang..ahahahahahaha

CY3.5 said...

scene part I, mmg seriau.. rasa tegak je bulu kat tengkuk ni.. tp masuk part II, letih mak tahan gelak :P

isabelle said...

KAH KAH KAH...

giler lawak siottt.

paling lawak part kat balai polis tu & ayat yg ko nak ckp dgn adam.

menjejeh2 airmata aku gelak.

BTW, kalo jadi mcm tu, jgn lari.
sex maniac mcm tu biasanya lagi SEXCITED kalo dgr pompuan jerit2..atau nmpk pompuan takut.

yaya said...

EMI:
Kat balai polis tu memang ntah hape-hape...

INTAN:
Takde keje deee aku nak layan polis tu, tapi muka dah serius giler sound aku kene bantu jawab soalan camtukan.... meh sini post cerita ko plak intan, macam mana lelaki giler seks kaco ko... nak tau gak...

MAMA ADIB:
Tua arrrr, take care tau, sekadar berkongsi pengalaman...

PET:
Wakakakaka.... kalau aku borak ngan sanko kat ofc ni pun gelak nak terbarai ingatkan korang yg beriya-iya dgn senjata korang nak belasah mamat tu...

CY3.5:
Ha tu lah yg scene 1st memang cuak, kat balai polis nye scene tu "lu pikir la sendiri". Tak kose nyah....

ISABELLE:
Perggghhh biar benar jgn lari. if u r in my shoe u will run bebeh...

Nurhayati said...

aduhai soklan polis tu asal la pelik benor bunyi dia.. cam lakita nak tgk sangat menatang tu hihi

tak pernah kena kejar, tapi pernah la berdepan ngan laki camni. masa tu kat busstop. tetiba je dia parking moto betul2 depan kita, sambil tu kuarkan pistol dia.. eeyarkk terus alih ketempat lain..itu pun dah meremang bulu roma.. kalau kena kejar tak tau la kan.. giler ar..

KV said...

seriau tau, akak pernah kena kat masjid india (belakang post ofis jb), mmg berdesup kami lari tak nampak tanah. Takuut! Sampai jek kat bus stop, bantai gelak ramai2 sbb rasa dh selamat. Tp mmg takut lah!

Farah_W said...

biar betul soalan polis tu?????hahahahaha...ntah2 polis tu tgh steam kot...wakakaka...wei aku masa blaja 6 kali kene ngan og gile seks nih...babi btul!!!!

salzahari said...

hahha...mmg i gelak gile.

anyway, dapatkah u apakah motifnya/ summary kenapa polis tu tanya semua detail sebgitu?

mongok...eii..takutnya kalau jumpa yg agresif camni!

Ms Lola said...

OMG, I know this is serious but I can't help it, I tergelak dgn soalan2 polis tu!!!

fiza said...

Menakutkan..lawak btul sesi soal jawab kat balai polis tu, apa punya soalan lah, buatku tergelak beso dpn PC ni ha :)

yaya said...

NURHAYATI:
Kat bus stop pun org giler seks sempat buat show yek. dah nama gile kan...

KV:
Tak dapat bayangkan camne akak berlari, mesti tak cukup kaki, saya yang memandu ni pun kalau ade button bleh kuarkan sayap kereta dah tekan dah...

FARAH:
Ha tu la dulu mase blajar ko la yg antara selalu jumpa....

SALZAHARI:
Tau takpe sal...

LOLA:
Memang ntah hape2 ntah soklan polis tu kan, kalau dia tangkap tetiba bulu mamat tu dah panjang camne lakkan... bleh identify ke? pelik i tau...

yaya said...

FIZA:
Polis bagi soklan cepu mas, tak pun dia saje nak bagi i gelak utk therapy kot.... huhuhu....

isabelle said...

kalo nak lagi bagus, ko berenti..pandang n gelakkan k*te dia sambil cakap kuat2..."Hahaha! Kecik!!!"

tapi ko musti yakin mempunyai kuasa kuda untuk berlari sejurus slps mengeluarkan ayat tersebut. hahaha

Farah said...

ape kes polis tu soal macam tu..adekah polis itu juga gile seks..

achee_b165 said...

hahahah.. gilos tol..amik keterangan smpai camtuh skali.. apekah??

p-na penah sound mamat giler sex, masa tu dlm bus mini yg dok himpit2 kan, dia gese2 anu dia kt bahu kwn p-na.. mmg kena jerit ngan aku.. 'Hoi,gila kaa...' kwn p-na cam takut2.. trus tekan loceng mamat tu turun coz dia dh cuak ramai dok usya dia...
padan muka dia!!

~p-na mama oja~

irvanqiesy said...

yaya,mmg suspen & klakar cite ni...sy pon ade pengalaman mcm tu tp die x kjar,just berdiri jek sebelah pkok,waktu tu pelik la nape org berdiri sebelah pkok rupenye tayang anu,trus lariks...

azzamoro said...

panjangnyer citer ko. aku pernah kena 2 kali. tapi mmg aa.. masa tu jat u. apehal ntah diorg ni suka nak tunjuk2 anu depan bebudak univ. mentel betull

yaya said...

ISABELLE:
Dulu aku takut la 1st experience tapi lepas ni dah tau la kot, maybe pakai word ko tu. ecehhh...

FARAH:
Aku rase lah farah...

PNA:
Dalam bas pun jadi yek...

IRVANQIESY:
Sebelah pokok pun jadik yek...

AZZA:
Dorang ni memang mental la kan... ko zaman u dah kene, ramai kawan aku masa zaman u dulu gak jumpa...

okinokiyo said...

yaya, ni entry lawak giler ok.memula tu mcm serius bab balai polis tu lawak nak mati okehhhh
biar benar si polis tnya mcmtu..dah tu kalau dia jmpa si laki giler seks tu dia nak cek ke kemaluan diorg based on ur spec??tpi giler seramnye nasib i xpenah kene mcmtuuu mau i menangis2 kalau ada exp gitu

Zety Zin said...

mula2 baca rasa seram sejuk je. hish takut gilos dgn mamat tuh.

tapi dah last2 sampai bab kena soal dgn polis tu haruslah ahkak gelak kan. hahahaha.

kalau saya, rasa2 nampak mcm budak tu ala-ala follow je, saya menyimpang terus masuk ke balai polis berdekatan. kasi cuak sikit. haha.

tHrEE oF us said...

ekeke!! mcm cite lam drama plak.. hape pnya soklan laa polis tu.. hahaha!!

aku pon penah gak jmpa org cenggini masa skolah dulu.. apek tua lak tuh.. x kuasa nk nengok.. ngaaa~~

Watie Aziz said...

wakakaka...sib baik aku kat umah wei ..gelak cam giler part kat balai polis tuh..giler jadah polis tuh tanya solan2 mengarut cam tuh? hahaha... lawak hari ini btol lah ..

aku pun pernah kena flasher duk tayang2 anu kat sekolah lama aku dulu ..tapi tak lah seganas ko ...isk...kalau aku beb ..datang giler aku ..aku langgar jer mamat tuh..tak pun, aku hon kuat2 ..biar dia lari ..hahahaha...

hadoiii lah .. mmg cerita ko sungguh lawak hari nih...bravo!!

yaya said...

MAI:
Tu la mai, kalau jawapan i bulu pendek, sekali masa dia tangkap bulu mamat tu dah panjang, camne lak tu kan...

ZETY ZAIN:
Balai jauh dari rumah, lagipun dah nak sampai rumah baru die tunjuk belangkan...

3 OF US:
Apek tua pun gile seks....

WATIE:
Aku dapat bayangkan ko nye berdekah-dekah gelak tu watie... betul la sib baik ko kat umah, kalau kat ofc....

mOmmy of Triplets plus One said...

mak ai lmbat gak ek perasan takut u..kalau jadi kt i, dr start die follow tu lagi i dh kecut perut..mmg confirm i takn proceed blk ke umah sbb taknk die tau mane my hse...

AiYa said...

ahahaha. adoi! ntah2 polis tu pn ada ciri2 GS x?

owh prnh ada pengalaman sma waktu blaja kat teknik dulu. hehe

yaya said...

MUNIRAH:
Tak buruk sangka dari awal sebab banyak kereta lalu lalang, tu yg ingat die nak menuju ke kawasan yang berdekatan umah kot.... Some time tak leh nak predict. ngehehehhe satu pengalaman....

AIYA:
Ramai org terjumpa flasher ni kan sebenarnya...

az1ra said...

siann budak tu kan..muda2 dah giler..spatutnya tangkap bagi nikah jer tu...
part kat balai polis yang takleh tahan,aku senyum sorang2 sampai ada yang tegur..
ape punya soklan la polis tu tanya ???

Lan0stZz said...

ya ampun yaya, penat gelak baca crite u tau. memula gerun lah dan saspen plak tu tapi tergelak jugak lah sbb dok terimagine ape u kena imagine bila nak jawab soalan polis tuh. aduh keji22222. hahaha. papepun risau plak baca, sbb i dahlaa slalu kerja malam. takot beb. tq for the warning. sama2 lah kita berhati2 di dunia luar sana.

sarah al -idrus said...

ya allah.lawaknye soalan polistu! hahahahhahaha

precious innocent said...

ya ampun yaya oiii!!! awat la u byk sgt cite lawak mcm nie!!!

senak perut i!!!

-mama emma®-

ymn said...

memula baca .. sapen ..

masuk bab polis , aku nak tergelak ..
hahahaha ..

puan punyer said...

haah takut beb kan memula tu, masa kt balai tu mmg klako hahahaha... mmg org giler seks ader d mana2 ku pernah kene beberapa kali cuma x sampai kene kejo. mintak jauhhhhhh

salzahari said...

yaya..
hubby saya pun baca tau! dia kata mmg camtu..kena tanya detail sbb boleh jadi bhn bukti kes/ soklan2 jika dibawa ke mahkamah!

time ni i dah terbayang u msti nak tergelak kalau kena jwb di mahkamah.. muahahhaha....kena ingat brp inch,brp pjg bulu, keriting ke lurus..:p