Wednesday, June 17, 2009

maid saya mencuri!

Beware: Entry kali ni mungkin akan jadi entry emosi paling ganas sepanjang saya “berblogging”

Nasihat: Jika anda mempunyai masa teruskan membaca tapi kalau takde masa dan nak baca lompat-lompat perenggan, sila hentikan sebab ko takan pahamnye kalau baca langkah-langkah perenggan nih…..

Petunjuk: Dialog naza, sila baca dalam bunyi nada yang lembut, sopan dan seperti wanita paling solehah dan mulia di muka bumi ini. Naza berusia 34 tahun baru bercerai dengan suami dan mempunyai 2 orang anak, dia sudah bekerja 5 bulan setengah ngan aku.


Okeh entry yang sebelum ni iaitu pada hari sabtu pagi saya pergi ke Bird park. We all sampai rumah dalam pukul 5 petang. Aku pun suruhlah si naza ni potong kentang dan daging untuk aku buat inti karipap yg nak bawa gi msk gathering tu. Menjadi kebiasaan aku dan hubby kalau balik umah ade duit syiling akan di masukan kedalam tabung unta adam (tabung unta dari ryan mama emma, dapat masa gi birthday ryan last year).

We all akan beri duit syiling pada adam dan adam yang akan masukan sendiri dalam tabung tu. Pastu tengok adam angkat tabung tu dengan selamba jek, selalu kemain payah die nak mengangkat cos berat. Pastu hubby pun try angkat tabung tu, “eh apsal ringan”, aku try angkat gak “ha’ahlah apsal ringan”. Dah kitaorg suami isteri kebingungan. Sape jek yang tinggal dalam umah tukan… aku, hubby, adam dan maid aku si naza tu lahkan…


Aku pun panggil la si naza, “naza kamu ade amik duit dalam tabung adam ni ke?”. Masyallah puan, takde puan. “Kamu jawablah betul-betul, saya tanya elok-elok kamu jawablah yang benar”. “saya tak amik puan”. “kalau kamu mengaku sekurang-kurangnya saya sejuk hati dan maafkan kamu dan kamu pertama kali datang sini mana ada duit syiling Malaysia kan…”. Si naza ni jawab balik “Astagfirullahhalazim puannnnn…mencuri itu berdosa besar puan, kalau mencuri itu bukan umat nabi Muhammad s.w.t , saya cuma ada wang syiling Indonesia.


Haaa… ko tengok minah indon ni punya bahasa macam ustazah dalam cerita sinetronkan.
Ok find, tak nak mengaku takpe, aku rileks dulu dan aku suruh dia sambung potong kentang tu kat sinki balkoni luar dapur. Hubby plak macam biasa sabtu petang gi sport planet main badminton, minggu tu aku tak ikut plus nak buat karipapkan. Hubby dah pergi aku pun solat asar, selesai solat asar aku masuk bilik dia dan godek-godek la beg dia tapi tak detail, godek-godek kat poket luar beg je, pastu aku jumpa casing dopod aku. Wah kemain curi casing dopod aku sedangkan dulu aku pernah tanya dia “ade jumpa sarung hp saya?’ dia jawab takde. Hati aku dah start panas dah ni.


Aku gi dapur tanya naza “naza, saya dah lama cari sarung hp saya, kan dulu saya pernah tanya kamu. Ade jumpa tak?” naza jawab dlm keadaan muka menipu tapi tak pandai cover “oh yang sarung hp puan tu saya tak pastilah, tak jumpa saya, nanti saya cuba-cuba tengokan lagi. Hiusshhhh… makin menyirap aku, tapi takpe aku ikut rentak lakonan die dulu. Aku pun masuk bilik ngan adam nak buang air kecik. Aku keluar jek si naza bernafas macam penat cangkung depan meja buat-buat korek bawah meja tapi mata pandang aku sambil cakap “Oh disini lah puan sarungnya hp puan”. “hah kat mana?” Ni ha ada disini”. Amboi pandainya ko berlakon kalah Catherine zeta jones. Tapi takpe aku layan lagi lakonan ko tuh. Aku ambik jek casing hp aku tuh buat macam biasa. Si naza ni sambung keje die kat dapur balik.

Aku sepantas kilat masuk bilik dia dan tgk kat beg die yang aku jumpa casing dopod aku tadi, ye memang dah kosong, dia dah angkat casing dopod aku tu buat-buat jumpa kat bawah meja. Habis tu yang selama nih ko dok menyapu dan mengemop umah aku tiap-tiap hari tu tak jumpa-jumpa plak…. Bengong punya indon. Menyirap-nyirap hati aku dibuatnya, mase tu aku rase cam nak ganyah-ganyah jek dia, tapi kalau ikut hati aku yg tgh meluap-luap dek hasutan syaitan memang confirm lah si naza ni masuk front page semua surat khabar, pastu aku dah semestinya second or third page tukang si ganyah die nikan. Haaiihh…


Aku cuba rilek kan diri dan terus call hubby, call berkali-kali tak angkat-angkat, ye lah org tgh main badminton kan, pastu aku hantar sms kat hubby dan ceritakan pasal casing dopod aku tu, ayat last aku kat sms hubby tu “I memang kuat rase naza yang curi duit tabung adam, tolong balik segera, I tak bleh sabar”. Aku memang nak selongkar bilik die nak cari gak duit syiling tabung adam, tapi aku nak tunggu hubby balik, sebab aku takut kalau aku jumpa duit tu dan tak sabar memang mampus si naza ni aku kerjakan nanti. Sekurang-kurangnya ade hubby yang bleh sabarkan aku dan ade org lelaki mudah sikit.


Masuk maghrib aku pun solat, berdoalah supaya allah berikan aku kesabaran sebab hati aku ni memang yakin sangat naza yang curi duit tu. Persoalannya disini adalah kejujuran, apelah sangat duit syiling tu kalau nak ikutkan tapi kalau dah biasa menipu dan mencuri macammana pulak tu kan. Selesai solat maghrib, tidurkan adam sebab adam dah ngantuk sangat keletihan siang tadi kat bird park. Dah tidokan adam, aku turun dapur nak buat dough karipap. Sambil aku buat dough tu aku tanya die lagi, “naza betul ke kamu tak amik duit adam?. Ya allah, betul puan… saya tak ambil. Kalau kamu mengaku saya sejuk lah hati nak maafkan kamu, aku cuba bagi peluang kat die. Dia ulang lagi “ berdosa mencuri tu puan, puan tak percaya sama saya ya… sambil geleng-geleng kepala macam kesal dan sedih aku tak percaya die nih, pastu die sambung lagi cakap “mencuri itu bukan umat nabi Muhammad puan”. Dalam hati aku, sampai tahap mcm tu ko bercakap yek, kalau suruh bersumpah pegang al-quran pun mesti ko sanggup buat.


Hubby pun balik umah lebih kurang pukul 8 terus solat maghrib. Sebelum balik tu hubby ade call dan aku dah ceritakan segalanya sekali lagi. Lebihkurang pukul 8 lebih hubby dah duduk kat depan tv ruangtamu, aku ngan naza kat kitchen, tengah menumis aku tanya naza lagi, jadi memang kamu tak nak mengaku yang kamu ambik duit tabung adam lah naza? Ya allah puan saya tak ambil, puan tak percaya sama saya ya. Dengan muka2 naif tak bersalah la konon. Aku pun dah naik hantu! ”ok kalau betul ko tak amik duit tabung adam, meh sini aku nak selongkar bilik ko tuh, baru tau kebenarannyakan dan barulah aku tak syak wasangka pada kau”. Aku dah membulat-bulat mata dengan tangan cekak kat pinggang dah, tak sabar dibuatnya. Aku terus menuju kebilik dia dan si naza ni sibuk mengekori aku dari belakang sambil cakap, ”kalau puan nak periksa, periksalah, memang tak ada”.


”yang ko menyibuk kat bilik ni apehal?, sekarang ko berambus pergi dapur tu, tak payah nak sibuk tengok aku geledah bilik ko nih”. Wajah die memang nampak tak senang la kan bile aku suruh die gi dapur pastu nak jugak cakap lagi, ”betul puan saya tak ambil”. Pas tu die pergi dapur. Aku nikan tanya dia banyak kali supaya memberi dia peluang untuk mengaku, kalau mengaku dari awal sekurang-kurangnya hati aku ni sejuklah sikit nak maafkan dan bolehlah nasihat dan tanya die kalau ade masalah ke kan, jadi lagi masalah bile naza tu taknak mengaku tu yang lagi aku geram ditambah plak dengan dialog macam baik die tukan yang kalau mencuri tu saya bukan umat nabi muhammad la. Giler betul indon nih...


Aku buka beg baju die tengok macam dah tak bersusun baju tu sangat, macam mengambil sesuatu yang disorok. Geledah beg die tak jumpa ape-ape, geledah almari baju pun tak jumpa, satu almari bilik tu aku geledah tak jumpa. Makin berpeluh-peluh aku menahan geram, bilik die tu almari bersambung ngan katil sekali, jenis yang satu set la. Pastu tengah aku sibuk geledah, die datnag masuk bilik lagi, si naza ni cakap ”tak adakan, betul puan saya tak ambil, puan lagi mau tuduh saya, tak masuk syurga mencuri tu puan”. Geram aku ”eh ko jangan menyibuk kat sini boleh tak? Ko pergi berambus kat dapur tu gi siapkan kerja ko!”. Aku rasa dia datang kat bilik tu sebab tak senang hati lepas tu tengok aku cari tak jumpa, muka cam gembira giler dan cakap dengan penuh yakin nih.


Aku tak puas hati aku geledah lagi, pastu hubby masuk bilik tanya” jumpa?”. aku jawab tak. Hubby cakap ”Habistu macam mana?”. takpelah b gi depan i nak sambung cari, i tak puas hati. Aku check bawah katil memang takde lapang sebab bawah katil tu memang takde ape-ape barang cos aku tak suka ade barang bawah katilkan. Tapi katil tu dirapatkan kat dinding dan katil tu design dia tutup sampai bawah. Aku pun tarik katil tu kat tepi dinding tu aku jumpa buku, belek-belek buku tu muka depan die salin resepi masak muka belakang tu penuh no telefon ntah sape-sape tah. Dulu masa egen hantar memang die takde hp dan agen tak benarkan dia pakai hp pun. Lepas sebulan die kerja dgn aku dia rayu nak pakai hp, die cakap di indon sudah biasa pakai hp kalau takde hp tak senang kerja. Maid aku yg lama si mia tu kalau nak call dia pakai jek hp aku, takde masalah pun, so aku suggest die cam tu pastu die cakap ”taksenanglah puan tak punya sendiri” macam-macam alasan la dia bagi.


Hubby memang totally tak kasi die pakai hp, tapi aku rimas tiap-tiap bulan dia asyik mengenget kat aku kan, walau aku tak kasi pun die sibuk la rayu. After 3 month die keje aku tengok die keje pun bagus jage adam pun ok, aku pun mengalah la nak bagi die hp, mase bagi 1 st gaji yang bulan keempat die keje tu aku cakaplah yg kitaorg akan bagi hp dengan syarat kalau buat masalah kitaorg tarik balik la. So kira aku dalam proses nak belilah nih. Aku masa jumpa buku yg penuh no hp tu tak terpikir la semua-semua tu cos memang dah nak belikan die hp kan cuma asyik delay dan terlupa sampai sebulan dah berlalu campur hati b pun cam berat sebenarnya. Kepala aku sibuk dok ingat mana die sorok duit tabung adam.


Tempat terakhir yang aku cari kat kepala katil. Kepala katil ni special sikit cos die attached sekali dengan almari. Kalau nak lebih faham sila tengok gambar di bawah:














Bila dah buka kepala katil tu ada macam papankan so kat dalam tu macam kotak kosong la, aku buka jek papan tu terus nampak hp beserta charger, pastu ade kain dan bile aku angkat kain tu punyalah berat cos dia kumpul duit syiling ikat kat penjuru kain tu dengan getah. Aku panggil hubby. ” tengok ni b, kita nak cari duit tabung adam, dengan benda lain skali kita jumpa, ni allah nak tunjuklah ni”. Aku tunjuk sakali kat hubby buku telefon die yang die salin kat buku nota kosong dalm bilik, memandai je guna buku nota kosong tu. Hubby pun ambik semua barang-barang tu bawa ke depan kat ruang tamu. Aku pun gi balik dapur nak tengok inti karipap atas kuali tu kan sambil mengacau dalam kuali tu aku tanya naza lagi ”naza betul ko tak amik duit tabung adam?” ”ya allah saya tak ambil la puan, kenapa puan tak percaya saya ya, saya tak ambil” muka yakin giler bercakap nih cos dia ingat aku ke dapur sebab tak jumpa la dah geledah bilik dia tu. Hubby yang kat ruang tamu tu dengar die cakap camtu terus jerit dari ruang tamu ” "Panggil dia ke depan yang, panggil dia sini”. haaa... tu hubby aku dah naik hangin la tu...


Ni part paling best, aku cakap ” sekarang ko pergi depan kat tuan tu”. Dia pun berjalan ke ruang tamu sampai je ruang tamu muka terkejut giler tgk hp n charger, kain yang dia ikat duit adam tu, buku telefon bergelimpang atas carpet kat ruang tamu, pastu aku cakap sambil tunjuk, ”ni ape ni naza”. Dia duduk atas lantai tunduk membisu, pastu hubby cakap ”kenapa ko nak tipu naza? Padanhal puan tanya kamu banyak kali, ape masalah ko nih?” die diam jek.... tak pandang-pandang kitaorg. ” ko tau tak ni semua allah nak tunjuk kat kitaorg, lain yang kitaorg cari dengan benda-benda lain skali kitaorg dapat”. Dia diam lagi. Aku tanya ” macam mana ko bleh ade hp lak nih?” dia diam. ’aku tanya nih, macam mana ko bleh ade hp lak ni?” dia diam. ”eh kau ni kuang hajarkan aku tanya jawablah!, ko taknak jawab yeh, meh sini aku baling hp ko kat luar” sliding door dah le terbuka luas, kalau aku baling memang hancurla terhempas kat bawah tu.


Aku baru nak ambil hp dia baling ke bawah terus dia cakap ” saya baru beli hp tu puan, saya beli dengan pembantunya di blok sebelah sana, die sudah mau pulang ke indon, jadi saya belilah padanya, saya selalu jumpa dia masa buang sampah di bawah”. Bile masa ko beli? ” saya beli masa pertama kali dapat gaji haritu”. Pastu aku masuk bilik naza aku ambil beg duit dia, aku kira berapa duit yang dia ada cos dia cakap dia beli hp tu rm160, gaji dia aku tak bagi semua, aku bagi separuh je, pasni memang aku pegang la semua gaji ko tu. Lepas tu hubby tanya ”apsal ko buat semua ni naza? Kan hari pertama kamu kerja puan dah cakap kalau nak ape-ape terus terang, jangn menipu, kalau nak ape-ape bincang, kalau tak tahu ape2 tanya, lagi satu kan puan nak bagi kamu hp, saya tak mau beri tau, puan yang rayu pada saya untuk kamu, kamu tak malu ke?, kenapa kamu nak curi duit adam nih?. Si naza diam jadi macam tadi balik. Hubby tanya lagi, ”kenapa ko curi duit adam nih?. Aku dah jadi hot balik ”jawablah!”. eh dia diam lagi . aku ambik wagon adam tu aku baling kat dia, tapi tersasar tepi dia cos hubby halangkan, tapi aku puas hati lah gak sebab kene kat kat kaki die sikit, lantak la kene ibu jari pun aku puas hati.


Kalau takde hubby , aku rase memang dah lunyai die tu aku kejekan dan sebab tu lah aku nak hubby ade sekali kerana hubby penyabar ckit. Bila aku dah baling wagon adam tu, aku dah naik hantu baru nak jawab dalam keadaan tersedu-sedu, ”ntahlah puan saya pun tak tau kenapa saya curi, saya tak tau”. Bile dia jawab barulah aku cool down sikit, ini orang tanya tak jawab, hangin aku. ”saya kan naza pelik tengok kamu, saya selalu tanya kamu kerja ok tak?, kamu kata ok semuanya, kamu tak rase beruntung ke naza kerja dgn saya? Kamu tak masak, saya yang masak, sudah terbalik majikan masak untuk pembantunya. Kat rumah tu die memang tak pernah masak Cuma bantu siap dan basuhkan jek, aku selalu sebelum gi kerja masak nasi dan lauk-lauk cos we all makan dulu sebelum gi kerja so dia pun tinggal makan jelah tiap hari. Kerja dia jaga adam jek, baju mesin yang basuh ko tinggal sidai je pastu iron, Cuma baju adam semua basuh tangan dengan selected baju aku n hubby. Bukannya ade kerja berat pun. Basuh kereta? Never cos hubby tak suka. Malah bawa jalan-jalan lagi kekadang tu. Hangin la akukan, orang layan die bebaik die buat camni.


Aku tanya lagi, habistu yang ko berdating ngan guard kat tangga pukul 6 pagi tu betulkan?. ”ya saya mengaku, saya jumpa guard itu”. Ohhhh... dulu aku tanya ko mati-mati tak mengaku, nengok perangai ko ni. Dulu kantoi jumpa surat kat bilik dia tulis ”boleh tak esok saya jumpa "you” pukul 6 pagi”. Ditambah plak aku terjaga pukul 5.50 pagi tengok lampu kat dapur terang berderang org takde pastu jengah luar guard tu baru keluar dari blok pastu naza pun masuk rumah. Aku tunjuk surat tu mati-mati tak mengaku cakap teringat mesej dia dgn bekas laki dia dulu so tulislah kat kertas tu. Weh logik ke ko nak bercakap ngan laki indon ko tu ber”you” bagai, pastu ape dajah lak ko nak jumpa laki ko pkl 6 pagi. Hisshhh.. dulu aku malas nak bertekak ngan die, aku biar je lah. Guard tu orang burma memang tak pandai ckp melayu sgt. Minggu tu aku baru nak laporkan ke management office condo aku, tgk2 team guard kondo dah tukar yg baru, semua org tua rongak tak hensem. Aku pun biar je lah...


Panjang sesi soal jawab tu, kalau nak cite mau korang tak buat keje nanti. So dipendekan cite last sekali dia minta maaf pastu hp die semua aku ambik tapi dia rayu nak hp tu kalau bleh, aku cakap ini sebagai denda pada kamu, kalau kamu benar-benar insaf saya bagi kamu. Hp ni aku bawa gi ofc jadi ko tak payah nak selongkar-selongkar rumah aku nih. Naza ni kerja ok, jaga adam pun bagus tapi tulah suka menipu, malam tu tak sembahyang isyak pun dia, aku suruh pun dia tak sembahyang, dalam hati lantak ko lah. Tadi macam ustazah bercakap. Kalau mengaji tu dibuka pintu bilik seluas-luasnya macam nak tunjuk baik. Aku baca yasin setiap malam jumaat tu takde pun nak terdedah-dedah pintu cam ko tu, itu bererti tak ikhlas pada allah.


Keesokan paginya hari ahad yg pagi gi gathering msk tu aku layan dan cakap macam biasa kat dia, cos semalam aku cakap aku bagi satu peluang lagi pada dia untuk berubah cos dia nak kerja gak ngan aku lagi. Aku pun dah call agen cerita pasal dia dan agen pun akan berjumpa dengan dia dalam masa terdekat nih. Semalam hubby baca newspaper online cakap kerajaan akan mewajibkan majikan bagi satu hari cuti setiap minggu tak silap pada pembantu rumah, naza yang takde cuti dan duduk umah aku bersenag lenang ni pun sempat curi-curi berdating ngan guard burma, ni kan pulak nak bagi cuti sehari mau bleh main 10, 20 round ngan jantan pastu menagndung, perut dan buncit baru bilang ”puan tolong hantar saya pulang indon, saya udah mengandung tak bisa kerja. Kalau jadi camtu camne? Ape pendek benar akal kerajaan malaysia nih....


Aku kan hari isnin nak kerja pun tak senang, sebab geram tu belenggu daalam otak aku, sampai nampak cleaner indon kat office pun rase nak tumbuk. Rasa cam nak cakap je kat hubby, bleh tak tukar cleaner kat office kita ni dengan bangsa lain, hishh... emosikan... Petang tu gi jumpa client, aku nampak indon cleaner kat depan pintu lif tengah lap-lap pun aku rase cam nak tendang jek, tapi kang terkejut lak client aku apehal la pulak si yaya ni kangkang tendang cleaner tak bersalah nikan. Elok client nak bagi job tros tak bagi cos ingat aku ni mental plak. Tapi tula tu semua perasaan marah yang sukar nak kawal dek perbuatan maid indon. Pindah rumah baru tahun hadapan, saya plan nak pakai camera so bolehlah saya tgk through internet di ofc ape yg maid dan anak saya buat.




55 comments:

MN said...

beb, i know how you feel. if possible (kalau keadaan mengizinkan) hantar jelah dia balik. coz god knows what she is going to do next.
from my past experience, though dia dah merayu2 mintak maaf and all - bukan ikhlas pun.
tak pun bg kat agen dia utk dibrainwash.
hopefully everything is gonna be ok.

yaya said...

YY TO MN:
Memang panas betul hati i MN, so far we all nak agen kasi brain wash diel ah. If tak berubah gak i hantar balik indon.

okinokiyo said...

i think kan this is first time i nak leave comment.
takut pulak jadiknye nak amik maid sbb u ckp u layan maid bagus pun jadik camni kan..i paling2 bengkek kalau yg bab nak dating2 bagai ni ha..mcm dah gatal sgt plak.datng mesia niat nak kerja tpi jadik ke lain..

kalau i jadik u, i hantar jek balik sbb u dah berkali2 kasik can suh mengaku, nak berceramah plak dia, baik xyah.so xtau plak nnti apa lgi yg dia dah tipu or akan tipu in the future..

maid kat apt i ni, i siap nampak dia lempang sorg budak sbb budak tu dok jerit yeyeye mak dia nak balik.ek elehh padahal tu normal la..saiko giler i rasa diorg ni..

Jua Zulkef said...

takutnya nak amik maid. i takut, i yg kena buli dgn maid tu. i ni kat belakang orang, memang cakap berani. bila berdepan confirm kalah terus. itu belum masuk bab mudah simpati, sedap je maid tu main2kan i nanti. last2 i jadi maid, maid jadi boss.

yaya said...

kalau bleh hantar i hantar dia balik,tapi dlm contract bleh tukar within 3 month skarg die keje dah nak masuk 6 month. I tengah bincang ngan agen i skrg ni utk dapat kata putus. memang tension pakai maid nih tapi ikut nasib gak, kalau dapat ok beruntung, dapat cam si setan ni memang payah...

yaya said...

YY TO JUA:
kalau u mcm tu jua, tak payah la pakai maid. u memang baik hati... maid plak naik kepala...

~Reyza's Mama~ said...

fuh. nasib baik sempat baca sebelum di-delete. tunggu cerita pasal maid u since yesterday. akan ambil ikthibar from cerita ini. Once in a while , I do spot check in my maids room without her knowing. About the CCTV tuh. Pasang je one now at ur apartment, pakai wireless. Seriously,if she can lie to you in ur face, don't know what else she could do. Take precautions now...Jangan tunggu lagi..

Farah_W said...

fuhhhhh...panjang gile entry ko nih,mmg kurang ajar btol maid ko tuh,mmg patut ko jadi meroyan cam gitu kann....kalau aku jadi ko pun mmg aku tak sabar ngan org macam tu...kita dah bagi kesenagan utk dia tapi tak tau nak hargai,kalau dia dok indon tu tah apa la nasib dia...mmg pendatang2 kat Mesia ni menyakitkan hati dan tak pandai nak bersyukur....

yaya said...

YY TO REYZA:
Think about it also, nak kene cari di yellow pages or google perkhidmatan memasang wireless camera di rumah ni kan. kalau ade contact tolong inform

YY TO FARA:
Kalau ikut hati memang aku nak tampar terajang jek dia tapi memandangkan aku masih perlukan dia jaga adam sebelum final discussion ngan agen maid akukan...

tHrEE oF us said...

jahatnye naza tuh... bagus pnya lakonan dia.. 1st class..

tp takut ler plak dia ape²kan c adam tuh.. huuu~~

yaya said...

YY TO 3 OF US:
Jahat cam setankan maid i tu, so far die memang sayang adam and jaga adam elok cuma suka tipu-tipu camtu la.

kaezrin said...

betulla..

itu risk kan..

tapi tulah...mmg paling angin bab depa nih cakop punya innocent macam takde salah langsung padahal.....ishhhhhhhhhhhhh

yaya said...

YY TO KAEZRIN:
Memang pakai maid ni nasib-nasib, dapat baik alhamdulillah cam maid lama dulu, dapat cam naza ni sakit jiwa raga...

~Puteri-Nuur~ said...

waduh yaya.. takut sih,bila dapat maid macam ni.masa pegi MSK hari tu, u bawak tak dia join?sbb i tgk my maid ada tgh borak dgn sorang maid, ish mokcik cuak noks.

yaya said...

YY TO PUTERI NUUR:
Oh mase gi MSK tu i ade bawa, yang pakai baju oren bertudung tu, sekajap pakai tudung sekejap tak pakai tudung, bengong maid i tu...

MeL said...

maid ni sume sama je kn..majority la. takutla dia da start buat taik ni, da la dia jg adam..hati2 jela yaya..

yaya said...

YY TO MEL:
Sebab die jaga adam la i tak ganyah-ganyah die, harap-harap semuanya ok...

Mamamarina said...

tgk gaye die berlakon i rase x payah bagi chance dah Yaya.. dah le kite tinggalkn anak ek.. ish seram plak.. dah le i tgh proses amik maid nih...

yaya said...

YY TO MAMAMARINA:
dgn maid yg lama i memang tegas tak bagi chance pastu dia baik dan kerja elok, sebelum dia balik cek beg takde yg hilang. Bila dapat naza i taknak la jadi tegas sgt mcm buat kat maid lama. tapi naik hantu plak. so kesimpulanya kene tegas dan tak bagi chance...

Nanie Haron said...

Yaya..
Mmg dorang nih tak sedar dek untung tau..Maid I before this I amek masa I ngandung Fahim. Boleh plah few days before I nak deliver dia nak benti sebab tak tahan bau serawa durian. Sejak tu, mmh tak hingin nak ambik maid. Anak belum kuar masa tu pun dah byk songeh. Antar nursery/day care ni penat sikit la..terkejar2 nak balik ambik. Bersih2 kan umah I ambik weekly maid.
I belum ada guts nak ambik maid lagi.Tapi betul kata u, kalau boleh letak cctv..mmg harus diletak kan..
Ni sakit hati sebab tgk video2 maid punya kerenah tak abis lagi. Baca plak ur entry ni, lagi la...
Meluap2!

yaya said...

YY TO NANIE:
Kalau ade option antar ke nursery memang i buat tapi memandangkan i ni kekadang kerja tak menentu masa especially kalau ade event and shooting, laki bini balik pkl 11 atau 12 malam. Nursery pun tak nak layan rasenye, kesimpulannya i memang kene ade maid... tawakal...

Zety Zin said...

Panas hati baca entri ni. Saya pulak rasa macam nak mengamuk. Huhu.

Dengan maid ni memang payah ek. Kalau kita tegas sangat pun susah, baik sangat pun susah. Haish.

Saya setuju dengan cadangan CCTV tu. Who knows apa yang dia akan buat belakang kita.

salzahari said...

oh my ...
Yaya, kalau i pun mmg hilang sbr sbbnya dia sungguh2 tak mengaku, pastu berlakon!

doakan dia tak bls dendamlah pd Adam sbb u amik HP dia...bkn leh tahu kan?

Norry said...

uhhh panjangnya cerita maid.....habis gak baca akhirnya

Fid said...

wahahaha
gigih haku baca depan gm haku...

sungguh.....membuatkan daku banned maid sampai bila2 la jadiknya nih..hadoiiii....

saya takda maid tapi ada maid makcik saya dia ambik henpon cousin saya dia dismantle huhuhuhu..tapi kantoi juga!

syayassir said...

wah, panjang, tapi saya baca tanpa miss satu word pun.. hehehe...

ish, takut juga kalau dia buat perangai lain...

macam2 perangai diorang ni kan..

yaya said...

YY TO ZETY:
sekarang ni i memang akan tegas jek, tak bagi muka

YY TO SALZAHARI:
Hati i rase insyallah die takde buat ape-ape kat adam cos die memang nampak sayang adam, harap2 betul la kannn...

YY TO NORY:
memang panjang entry ni that y ade peringatan di awal entry, ngeee...

YY TO FID:
Maid ni dia ingat dia pandai menipu akhirnya kantoi gak, bodoh diorg ni...

yaya said...

YY TO SYAYASIR:
Terima kasih kerana membaca tanpa miss 1 word, saya sekadar berkongsi dengan anda semua.

CY3.5 said...

Yaya,
first time mengomen.. ha ha ha.. serius panjang entry you.. nasib bos jepun takde.. bley layan feeling.. org kata, cakap bohong, lama2 mencurii.. means?

Mama Adib said...

panjang benar buk!!

tp kalau aku dah tak bagi chance laa, terus halau balik hu hu

bahaya ah penipu camni

wah makin takut la plak nak amik maid.

yaya
nati ada info kos pasang cctv kongsi ee.

yaya said...

YY TO CY3.5:
Masalahnya maid i dah buat dua-dua sekali arung, menipu dan mencuri so means lepas ni kalau buat lagi aku panampooorrr die. ngeheheheh.... bleh gak kan...

yaya said...

YY TO MAMA ADIB:
Oh saya pun tengah mencari perkhidmatan itu so dah dpt info say war warkan...

aieesha.salleh said...

bila ada maid ni pening jugakkan? hantar nursery pun risau jugak kan? aduhai, macammana nak buat.. terima je lah..

tapi selalu orang tua2 pesan, jangan garang sangat dengan maid, takut nanti dia balas kat anak kita masa kita takde gi keje.. nak nak pulak, maid ni dah ada taktik, kalau nak pukul, jgn kat badan, kat kepala derang kata.. supaya majikan tak nampak :(

kalau ada chance, apa kata tukar maid? takut anything dia tak puas hati kang kesian adam.. or else, hantar dia and adam to your parents house time you and hubby keje ke?

oh, this is my 1st comment lah.. and i nak link blog u to mine, is it ok?

yaya said...

YY TO AEESHA SALLEH:
Oh silakanlah link, tapikan dulu i garang ngan maid lama ok plak, yg dgn naza i berlembut dan bagi muka dengan harapan dia kerja elok-elok tapi jadi menipu dan mencuri plak... hangin mak ni tau...

aieesha.salleh said...

haah kan.. maid ni kalo keje ngan mak datin yang garang2 sampai kena sebuku air batu tu, baik pulak sebab takut pastu tak berani lari kan.. kalo kite wat cam famili, pijak kepala seh!!

FaizAmYAirieL said...

hadei..panjangnye cite ko yaya...ekekeke...penat aku bace sambil kaber2 line dgn boss ni..kahhh..tuhla indon skrg mmg mcm2..x leh pecaye sgt..depan kite ye puan ye ibu...belakang mcm haram jadah..aku mmg dah lame bengang dgn indon ni..lagik2 kalau yg x sedar diri n meggedik tu...nasib aku ni penyabar orgnye..kahhh..

yaya said...

YY TO FAIZA:
Memang payah maid indon ni, kekadang aku rase cam diorang ni mental pun ade gak...

Watie Aziz said...

Yaya,
wah ..sungguh teruja aku baca cerita ko nih ...komen aku- APSAL KO NI BAIK SGT HA? kalau ..mmg dah makan penampar maid tuh ..biar weng sket kepala dia ..baru dia tau nak main gila ngan aku ...!! (wah ..aku plak marah nih) hangin jer aku dgr dia guna nama nabi muhammad ..munafik punya hendonnnn!!

si nor nih pun, awal2 ada mintak hp, dia kata dpt gaji nak hp. aku kata tak payah, saya bg kamu call mak kamu seminggu @ 2 minggu sekali. tak payah bayar, saya tanggung semua. sampai skang dia tak mintak dah ..siap nak merengek2 lagik maid ko ..macam shilaka ker ..geram lak aku..

baru2 nih, aku mengamuk giler babi ngan maid akak aku (akak aku ngandung so dia pas baton kat aku). aku ngamuk 3 jam aku jerit2 cam org giler...menggalabah dorang sebab aku selama nih baik, giler2 ngan dorang, tapi bila dah hangin, baru dorang tau ..terus takut ngan aku ..

iskk...ko jgn muka lah kat maid ko .. jgn lembut2 sgt beb ..dorang nih tak leh layan baik22 sgt ..aku layan nor pun baik tapi ada sempadan, kalau salah aku tegur jugak .. tapi dgn cara berhemah coz selama nih pun dia tak pernah wat perangai ..maybe sebab umah aku tempat jin bertendang kot..hahaha..takder kawan .. dia kawan ngan aku n Q jer ..

aku pun pakai CCTV beb ..kat bawah & kat luar..tak caya aku wpun baik camner sekalipun.. laki aku siap beli yang dummy punya konon2 nak letak atas, tapi tak letak sampai skang tak letak ..ahahha..

jgn lah delete beb entry nih, nak watper delete? dia baca tenet ker? hahhahaa

yaya said...

YY TO WATIE:
Harharharhar... gelak weh aku baca komen ko perenggan pertama tu, nak ikut hati memang aku nak ganyah maid aku tu tapi memandangkan aku masih menggunakan dia tuk jaga anak aku sementara dapat kata putus dari agen.

Watie tolong bagi aku no contact org yg pasang cctv kat umah ko tu, really need it..

Lan0stZz said...

hi yaya 1st time comment. i pun ada maid yg hampeh & hamlau cam u dulu. nasib baik dah dihantar balik. baca balik crite ni tersirap darah naik sampai kepala ni. hangin haku. mmg terhingat balik zaman ada maid yg walaupun ringan tulang kita sbb ada org tlg kat rumah, tapi hati x senang langsung ada org perangai cam s3t4n. so now kitorg sepakat satu family takkan ada maid dah. nak hidup kena pepandai. SO far alhamdulillah boleh tahan. mmg penat sket tapi boleh yaya. One peringatan, a dishonest person cannot and will not change overnight, coz u never know what these ppl will do to you. Itu saje, semoga ALlah permudahkan segala urusan masa depan InsyaALlah. Take care.

yaya said...

YY TO LANOSTZZ:
Thank u for ur reminder, betul cakap u sekali dan menipu dan mencuri memang susah nak percaya, tengah berusaha dengan agen utk tukar maid.

Jiji said...

Yaya.. ko pendekan ceta watpe.. hish!@~ Aku tgh syok baca neh.

Btw maid aku curi gelang tangan aku. tak ngaku sampai sekarang.

Pastu boleh berambos dah. Aku rasa ko kira sabar lagi ni.

Becareful next time.. keep ur eye s on her. Orang mcm tu dia suka lari je.. takot dia hangkut barang.

isabelle said...

gagagaga...
takut lak mak baca citer nih.

tapi kira yaya sabar lagi la. kalau dgn is...mmg dah jadi abu mayat yg dihanyutkan di sungai gangga gamaknye.

btw, hati2..jgn smpi dia lepas geram kat adam lak nanti.manalah tau kan?

wei, yaya...hang jgn le smpi marah dgn sume org indon. kang kecik ati kwn kita, si diah mamapasha tu.hehehe. bahaya ni...kalo yaya jumpa diah, tau2 je rambut tinggal sejemput. kihkihkih...

precious innocent said...

nasib baik sempat baca b4 u delete...

nak komen ape ek? i x penah ada maid.. mak i ada.. hehe.. infact kami semua mbesar dgn maid/org gaji.. tp i x smp hati nak bahasakan depa nie org gaji.. sbb org melayu kita...

i rasa org melayu kita nie xde la seteruk maid indon nie.. tp maid mother i dulu ada gak yg senget2... ada bf la.. dok x smp seminggu la... x biasa tgk rice cooker la.. haih, mcm2..

i bukannye ape.. takut adam tu je.. walaupun u kata dia sygkan adam, tp well kita xtau kan kalau ttiba mai setan masuk kepala...

i rasa either u tukar dia tu or pasang cctv cepat2...

-mama emma-

Mrs.R @ Emi said...

yaya..sy sgt risau pasal adam skrg ni...
hope u cpt2 psg cctv...

!Nt4N said...

yaya, i think yg mencuri tu perkara biasa bg maid endon..dulu masa i kecik2 pun maid mak i curi duit tabung kitorang pastu blah cmtu je..

pasal dating tu better u kena pasang cctv kat uma sbb takut dia bawak masuk guard tu n wat kije lak dlm uma u..adam bukannya reti mengadu pun kalo dia nmpk apa2..better u watch out!!

gerammnya i!!mampus la dia kalo i dpt maid mcm tu..

*** JGN PADAM ENTRY NI, PLS!!

pet said...

wow beb tak sangka nazaria tu bleh mencurik yeh..muke frenly je..saba2 kay ..aku rase ko kene pasang cctv beb since mesti dlm hati die pon ade bengang2 sebab kantoi kan.aku sebagai godmother adam ni rase nak ganyangg je minah ni dgr citer ko ok...

Watie Aziz said...

yaya,
nanti aku tanya laki aku number cctv tuh kay ...tapi kan ...masa pasang ..ko campak maid ko umah org tua ko ..jgn bg dia nampak time pasang..nanti dia tau ...pastu dia carik tempat takder cctv nak belasah anak ko plak..hahaha...(provoke plak aku nih...ahaks ..)

maid aku sampai skang tak tahu kat umah ada CCTV ..sebab aku ada umah ..laki aku jarang check... tapi ada lah kengkadang aku kuar kejap htr order perfume ..anak tinggal rumah ..bila balik dia cek ..(laki aku concern tahap gaban ..)ada CCTV pun dia tak caya kat maid jugak .. sebab tuh dia cam berat hati nak bg aku kerja ..hmmm..maybe bila Q dah besar dan pandai cakap " Mummy, kak Nor dating, Mummy, kak Nor pukul", baru aku leh kerja kot ..hahahaha...

ko ajar Adam cepat2 cakap cam tuh...tetiap hari ko tanya dia .. barulah tau si naza ruh wat perangai ker tak ..iskk..aku rasa nak cili jer mulut dia tuh ..

ko tak perli dia ker ..kalau aku, aku dah tanya dia balik, "hah. Ko nih umat nabi apa nih? kamu kata mencurik bukan umat nabi muhammad, jadi skang kamu umat siapa?"

pastu kan, tetiap hari aku bakar dia .. time nak masak ker kan ..aku perli lah dia .." umat nabi muhammad, kalau masak, caranya cam nih ..ubat nabi muhammad, kalau nak potong bawang, caranya camnih ..umat nabi muhammad, kalau nk kemas rumah, kena sapu bersih2 ..sampai satu habuk pun takder tau..."

hahahaha..mestri dia muntah darah kalau ko selalu "menghanjengg" dia cam tuh...ahaks ...confirm takut dah nak menipu ..psycho kena lebey beb ...

KV said...

hmm..mmg geram sungguh baca citer naza ni!

yaya said...

YAYA TO JIJI:
Jiji ko pun ade pengalaman yg sama ke.... siot diorang nikan...

YY TO ISABELLE:
La is, aku ni dah emotional sampai terlupa dah dikalanagn kwn/pembaca ni ada org indon.... nanti mak buat entry khas minta maap yeh, thanks for reminder...

YY TO EMMA:
Sedang berusaha memasang cctv segera... thanks babe 4 ur concern!

yy to mrsR@emi:
emi thanks a lot ! i akan pasang cctv

YY TO INTAN;
I decided tak padam entry nih...

YY TO PET:
Tu arrr... dulu masa ngan maid aku si mia ko ckp aku bleh tahan garang ngan maid, sebab takut benda camni lah, dgn naza aku jadi lembut sikit coz tak nak garang2 cam dulu. tapi nampaknya aku kene jadi yaya yg asal.

YY TO WATIE:
Akan ku ikut nasihat mu....
thanks bebeh...

irvanqiesy said...

yaya...risau kt adam jek...indon ni mmg xleh percaya pn...hope pasni die xberani buat ape2...

Siti Fatimah said...

yaya, thanks 4 sharing i pon kena hati2 dr sekrg kalau kena kat i mati i keje kan dia harus byk2kan bersabar nihhh... sungguh tak sangka kan sometimes kita baik maid pulak pijak kepala kdg2 i rasa kita kena buat dia biar ada gap if in your kes nihh i tukar maid lain je sekali dah berani buat makna nyer berkali2 lah dia akan buat belakang kita now u need to beware lagik2 adam tinggal dgn dia i cukup takut kita marah dia kang dia keje kan ada kita pulak skrg i pon tgh perhatikan maid i dah pandai tinggi suara kat sofia kalau dia naik tangan confirm i hantar dia balik no nego2 lagik...i dr 1st day dah bg tahu no ho & cash in hand nak apa2 i beli kalau nak call indo call from my phone or my mom punya but only on sunday... i think kan yaya kita kena straight & tegas br dia org nie sedar cikit kan kan.... yaya u byk2kan bersabar k... and pls done delete this entry plz... ;)

mummy_nazira said...

melampau la diorang ni, agaknya maid yg duk kena dera, kena simbah air bagai tu, sbb behave mcm ni la kot, kalau takda sebab, takkan la seorang manusia lain as if majikan tetiba bole hilang akal nak dera diorang tahap gaban, tp dah melampau gini, mmg patut pun kena pelempang, kalau makan terajang pun kira dah cukup baik tu, geram pulak i,

hubby n i pun hadapi masalah nak jaga adam rifqi jugak la masa i keja dulu, sbb dua2 working on shift, kitorang decide nak amek maid, dah siap gi agent segala, sekali kuar video yg maid dera budak tu, seriauuuu, so i kena buat keputusan drastik la, skrg ni i quit my job utk jaga adam sendiri, alhamdulillah satu rezeki i tertutup tp allah bukak 10 pintu rezeki utk my hubby, got promoted ngn mcm2 benefit, so takda kesal lgsung i quit, better i jaga sendiri anak i,

kitorang mmg payah nak pecaya org, lagi2 nak tinggalkan bedua ngn anak, buatnya dia bwk lari, nauzubillah mintak dijauhkan, take care yaya, sabar byk2 k, buat keputusan yg terbaik..

yaya said...

YY TO IRVANQIESY, CT AND NAZIRA:
Thanks ladies 4 ur advise and concern and i will be more extra carefull

mama pasha said...

wow.. kurang ajar sekali pembantu yaya... udah mencuri tdk mengaku lagi.. btw its not only happen to u la yaya.. many case yg i dah dengar among my friends "indo groups" and my jiran tetangga..

mostly mmg krna dia orang gila harta, influence dari kengkawan maid dia, or boyfriend.. jadi sanggup meng"halal"kan segala cara.. thats the main reason why i didnt take any help from maid.. ehehe.. kalau pun nanti terpaksa ada maid pun kena betol2 amik dari dusuuunnn(kampong yg jaooh sangat..)

tapi nasib2 juga lah yaya.. dapt yg baik tu baik ah.. kerja betol2.. dapat yg type penipu macam ni.. depa baik2 belakang dia buat hal.. tak mencuri,dera anak majikan, buat hal tak senonoh dengan laki orang, buat video luncah dalam bilik tuan..macam2 hal lah..

Diah doa'kan yaya can settle d problem wisely.. yg sabar ya ibu... ini dugaan yg kita tak pernah tau apa hikmah disebaliknya.. big hug... from one of your "indo" friends.. ;)