Sunday, May 31, 2009

Sana sini

Semalam aktiviti kami sangat penuh dari pagi hingga ke malam. Cerita semalam nanti-nantilah diceritakan kalau ade mood. Saya mendapat jemputan kahwin sana sini dan sinun. Wah! baru nak masakkan hubby makanan kegemaran die tapi hubby cakap tak payah cos ade kenduri kahwin.
Nampaknya sepanjang "weekend" 2 minggu ni dapur saya tak berasap la gamaknya. Sabtu dan ahad je kami pergi kenduri kahwin. U all pun banyak ke jemputan kenduri kahwin? Musim cuti sekolah ni ramai lah yang buat kenduri kahwin, sunat, tunang eh macam-macamlah...
Waktu kenduri kahwin nilah saya berkesempatan untuk menggayakan baju kurung / kebaya / moden / pahang dan sebagainya. Kalau pergi kerja tu tak pernah pun nak memakai segala baju yang di sebut tadi. Dalam masa setahun mungkin adelah sekali atau 2 kali je saya memakai baju kurung ke office itupun semasa lepas cuti raya.
Cukup-cukuplah saya berceloteh, saya nak bersiap ke majlis kahwin Darling Ngasri......

2 comments:

salzahari said...

i ni penggemar nasi briyani/ nasi myk/ nasi tomato dan paling best kalau dpt mkn free le di rmh kenduri (kdg2 teringin sgt, beli la mamak) tp kan...uhuuhh...sedihh...i jrg dpt inivtation kenduri kahwin.

well...ada tu ada, tp staff2 dept lain..so agaklah segan utk pegi dan kdg2 tu jauh sgt.

habish2 i tumpang kenduri MIL :p well, sunday dpn makan di Penang. yuhoo!

yaya said...

Ohooo... ye ke.... takpe yang penting dapat makan di penang next sunday! makanan di penang someee sedop2!