Thursday, February 19, 2009

cinta & harta wang ringgit

Sudah lame i tak update blog i kerana bleh tahan busy, like last weekend my schedule sgtlah ketat, pagi badminton game kat ampang sport planet, pastu buat treatment kaki then tgk movie ngan hubby and friends, dah lewat petang baru tiba rumah, kesian adam. Takpelah adam, mama tak buat selalu pun....
I terpanggil untuk bercerita mengenai "cinta & harta wang ringgit" kerna i baru cerita pasal topic ni dgn one of my friend. U all sume mesti selalu dengar kata-kata seperti " i cintakan u", "eh aku mesti nak kawin dgn orang kaya, baru terjamin hidup", "cinta lagi penting dari wang ringgit" atau "cinta tak menjamin ape pun kalau takde duit".
Hmmmm... bagi diri i, cinta dan wang ringgit haruslah seimbang dan seiiring, dua2 pun perlu. Ade cinta kasih sayang dan wang untuk menampung hidup barulah stabil. Jadi kepada anda yang masih bercinta di luar sana, kalau boyfriend atau girlfriend korang tanya, "mana lagi penting untuk u? duit ke cinta?" jawab dua2 penting!. Tak payahlah nak bagi jawapan cinta penting kerana nak menggambarkan kecintaan pada si dia. Semasa zaman ekonomi meleset dulu zaman inflasi di malaysia, ramai org kene buang kerja dan statistik perceraian meningkat selonjak-lonjaknye. Terbukti disini bahawa wang juga penting walau sekuat mana cinta pada keluarga. Dua2 pun penting!
Yelah bukan mudah nak dapat boyfriend atau suami kaya, bukannya main tangkap org tu dan ajak kawin. Tetapi mendidik pasangan kita dari awal relationship tu sgt penting. My mom pun pernah ckp pada i "kita ni hidup tak perlu berangan nak kawin dgn org kaya, yang paling penting buat diri kita kaya dulu, tapi kalau dah jodoh dgn org kaya anggaplah itu jodoh dr allah dan bonus utk diri sendiri'.
I setuju dgn kata2 my mom sebab bagi i kalau sendiri punya, sukati kita lah, kalau org punya walau suami sendiri still dia yg berkuasa pada kepunyaanya. Kalau baca dlm majalah dan suratkhabar pun kebanyakan lelaki ni bila dah berduit mcm2 bleh berubah tak kiralah lelaki tu handsome atau tidak sebab ramai sesetengah perempuan kat luar tu tak kisah rupa lelaki tu janji ade RM.
Walaupun kekadang suami kite yg dikenali bertahun2 tu memang baik manalah tahu tetiba dapat durian runtuh duit berjuta2 projek masuk, pendek kata OKB la atau Orang Kaya Baru kan. kawan-kawan suami tu mulalah bertanduk ade je rancangan dan rasukan syaitan di ajak nya si suami buat. Mulalah berkaraoke kat luar la, gi outstation konon la padanhal bersukaria dgn "ayam2". Memang banyak berlaku pun kerna org2 seperti ini ade yang saya kenali ( rasa sedih dan simpati pada isteri mereka). Nauzubilah hi mizalik....
Ade jugak dikalangan kawan2 perempuan saya yang pernah berborak dgn saya "ya, aku memang nak kawin dgn lelaki kaya, senang...". I senyum jek..., bagi i terpulang lah pada diri memasing, where u drive yourself.... dan kawan saya tu bebetul kawin dgn org kaya dan lelaki tu saya tengok memang sgt mencintai kawan saya. Itulah jodoh dia dr allah dan bonus utk diri dia. Saya harap dia kekal dan hidup bahagian bersama suami.
Eh saya nak gi sembahyang maghrib lah, leka plak. entry kali ni hanya pendapat dari diri saya tiada kene mengena dgn sesiapa pun. U all can throw your opinion too! Ingat tau Wang dan cinta kasih sayang dua2 pun penting!

9 comments:

zarazaznan said...

hi babe,

yep, wat u said is true laa tuh. kalau dpt bakal suami yg kaya adalah bonus xlupa juga dah jodoh kan....as for me, biarlah moderation pon dah memadai + gud karier kan kan kan....so kan situ mesti ado rezeki to living a better life ahead insyaallah........

YusVogue said...

yup you are so true!
kalau dok cinta sayang je..tapi tak mo maju tak mo do something about yourlife tak jugak menjadi..

as for men yang changed after dah kaya to me it's all about who you are.. how you bring yourself.. bukna lelaki je.. perempuan pun sama.. pokok pangkal hati...dan kalau dah sayang isteri macam mana pun, setia sampai ke syurga insyallah.. dan kita pun sebagai isteri kena ensure (jangan leka) yang suami kita hanya pandang kita.. orang lain cantik+getik+baik macam mana pun, kita tetap kat hati dia.. memang jodoh ditangan tuhan.. tapi kita kena ingat, kita pun kena usaha.. dan jangan pulak salahkan takdir bila something bad happd, coz yang baik datang dari Allah, yang jahat datang dari kita.. jangan sket-sket takdir, sket-sket takdir..

so, pandai2 la bahagiakan suami.. kan?

precious innocent said...

sy nak kawen dgn org kaya raya.. tp org kaya raya xmo kawen dgn sy...

so sy kawen la dgn org yg nak kat sy, walaupun dia x kaya raya... roti kaya pun dia x brp nak mkn... tp sy syg kat dia.. sbb dia syg sama sy...

& la nie kami sama2 kaya, sbb kaya ada ryan... & x lama lg sy pun mau ajar ryan suka mkn roti kaya.. so hpefully nnt bila dia besar, dia jadi kaya raya...

kekeke.... pening x??

ps: ada isi tsurat tsirat tu...

-mama emma-

yaya said...

YY TO ZARAZAZNAN:
Absolutely agreed dear!

YY TO YUS:
Betul u ckp yus dua2(hubby n wifey) pun kene berusaha. I suka betul ayat comment u "jangan sket-sket takdir, sket-sket takdir.."
La ni org duk suka ckp sebab dah takdir....


YY TO EMMA:
Sudah ku amati maksud tersurat dan tersirat mu itew! wahahahah....

YusVogue said...

well.. i hate it when people dok blame takdir.. (in a way!)mcm kes NH & M*m*y tu.. keji ok.. datang ke pejabat agama.. mcm nak pergi menikah..sedodon.. padahal you are going for a Tangkap Khalwat trial! come on la! malu la sket.. bole gelak ketawa mengilai lagi.. memang tak de maruah (sorry i bab orang rampas hak orang lain ni memang over haha)

pastu dok kata 'sume ni dah suratan takdir' HELLOWWW.. WAKE UP!!! kau yang menggatal.. don't blame God ok! cermin diri sendiri.. dan muhasabah diri lagi bagus..

ooo i just hate them!

emo..emo pepagi jumaat ni..hehe.. sorry dear..

zarazaznan said...

huhu...tape kak yusvogue nk emo sbb that is wat kalau matured thinking they are not blaming for 'takdir' semata kan...smetimes they are pretending to be like stupides pdhal the truth is mcm sorok batu sembunyi tangan gitewww.....

zarazaznan said...

ooooiiiiiitttsss silap tuh!!

'baling batu sembunyi tangan' daaaaa, muaaaahahaha...

!Nt4N said...

Kaya tp x berlagak xpe..ni kalo kaya tp berlagak tu yg jadi kejian..

sori, aku mmg x kaya..aku lite2 jew :)

achee_b165 said...

cnta pn penting..ber'uang' pn penting..tp klu p-na better kekayaan tu kita cari sama2..bru la pueh ati..tp cm yaya kta tu mmg setuju bangat, klu dh dpt laki kaya..kira bonus la...bonus sepanjang tahun..masyukk...kekek!!

~p-na mama oja~