Wednesday, August 20, 2008

women...

I got dis email last 2 year, few month before I married. 1st time I read, I feel “wow, I feel “gratefull” to Allah s.w.t because there is a lot opportunities and “pahala” Allah dedicated to women if they do as below:

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat dari solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Alhamdulillah…

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya masih menyusukan adam exclusively.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Kadang2, balik keje sesame, so sesame penat…

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Dah pernah rase dah, ngantuk sgt esk paginya.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah S.W.T dengan penuh rahmat. Hah, ini saya selalu practice ngan hubby even kadang2 menjadi bahan gurauan, hubby selalu ckp ”hah dah dpt pahala”. Kekeke..

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Alhamdulillah...

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ”bismillah...” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ”bismillah...” allah akan berkatkan rezekinya. Tak kira masak ape sekalipun dimulakan dengan bismillah....

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah. Alamak! Skang jarang sapu lantai, bibik mia yg buat

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. Syukur alhamdulillah...

15. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari. Syukur alhamdulillah

16. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari. Syukur alhamdulillah

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Syukur alhamdulillah

18. Sekiranya wanita mati/ meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½) tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya. Saya akan cuba, insyallah...

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. Syukur alhamdulillah....

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Hah, yang ini b selalu ckp bila i picit2 dia, ”dah Honey dpt tola emas”, tapi selalunya b yang picit saye, erkkkk...

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Saya akan cuba...

Amatlah mudah bagi seorg wanita untuk menjejak syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah syurga dan bukannya neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa izrail?.

Dipetik daripada Bayan Mastura oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992

Hadis nabi mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, ”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. Wallahua’lam.

2. Empat jenis, siapa yang akan diberi akan keempat-empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat, iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya

3. Ath-Thabrani > Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa allah akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap berbuat baik pada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.

4. Ibnu-majah > janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupanya yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinilah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik.


Wallahualam....

*yang font warna hitam sume dr email yg saya dpt, font warna hijau saya yang tulis...

2 comments:

achee_b165 said...

tu ler.. tersangat betuah kita dilahirkan sebagai wanita...

tp when i was young...(masa kecik2 & remaja)... sy berharap sgt sy nie lelaki..huhu!! (attitude masa tu tomboy!) har har!!

~mamaREDZHA~

mylife said...

assalamualaikum yaya...

found your blog yesterday and been reading your archive since then... and this entry is an interesting thing for me and would like to have it as my daily reminder...

however, i cud not copy it and its impposible for me to type back so can u please email me this piece. It would be much appreciated and i thank you in advance...

thanks again... and keep writing... :)


- fiza -
adik_2411@yahoo.com