Friday, April 5, 2013

Yaya terkini

ASSALAMUALAIKUM...


Masyallah setelah sekian lama aku tak update blog, baru sekrang aku tergerak hati  nak update blog. Ramai yang bertanya di FB, email mahupun masa terjumpa aku "yaya kenapa tak update blog?'. sorry sangat2 kepada semua sebab lepas lahirkan baby ajwad je aku terus busy dengan kerja TV program di office dan 2 perniagaan baru.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT segalanye berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. 2 bisnes baru aku adalah "Yaya Your CarpetKeeper" iaitu dobi karpet dan sofa. bagi yang tinggal di area Shah Alam, Subang dan kota Damanasara sila lah telefon dobi carpet yaya di 010-226 2144 kerana kami menyediakan Pick Up and Delivery service.

Business lagi satu ade produk kecantikan dan kesihatan. Kalau nak slim dengan cara yang betul beserta kesihatan yang bagus boleh hubungi yaya, begitu juga yang sukar nak dapat anak, boleh lah cuba produk kecantikan dan kesihatan yaya.

Ok nanti cerita lanjut mengenai "yayafamily" ok.

I miss you all too...

P/S: Medium INSTAGRAM merupakan medium yang paling selalu aku update, boleh follow yayayes7 di Instagram k.


Thursday, August 16, 2012

Safely delivered baby ajwad


Assalamualaikum! Hola!


I'm back with muhammad ajwad my 3rd son pictures!
Bleh follow yayayes7 di instagram for more pictures update ya!
















- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 25, 2012

yaya di sini...

Assalamualaikum...

Ye aku masih disini dan hampir 2 bulan aku tak update blog. Aku sampai terlupa yang aku ade blog hahaha dan aku pun tak baca blog orang lain. Sibuk dan banyak fokus pada pelajaran adam. Selalu hang out dengan kawan-kawan jugak. Aktif hanya di instagram sahaja...

Aku belum bersalin lagi... sekarang dah 38 minggu. Aku dan gynae jangka baby kuar awal tapi tak pop out jugak. Adam dulu 38 weeks dah sibuk nak tengok dunia si akmal lagi awal 37 weeks dah muncul keluar so third baby ni aku bayangkan 36 weeks dah sibuk nak keluar tapi sabtu ni dah masuk 39 week masih tak mau keluar wah pelik... ok baby enough duduk dalam perut sila keluar kalau boleh malam ni jugak :)

Last week check up doc ckp baby dah engaged kat bawah, sekarang dok menanti keluarlah kamu wahai baby, mama cant wait to kiss u. Ramai orang tengok perut aku teka girl tapi setiap kali scan memanjang penis terpacak boy la, belum girl lagi.Tahun ni memang ramai orang mengandung. Aku gi mana2 pun mesti jumpa orang mengandung. Congrats kat pet jugak cos pregnant baby boy as her wish and raja gak wife pregnant baby boy.

Ok got to go, please doa for me baby pop out segra within this week kalo boleh nak malam nih hehehe. Ok take care and have a nice day :)

Monday, April 30, 2012

Teaser akmal birthday party




Assalamualaikum...

Nak update cerita birthday party akmal tapi byk sgt gambar nak kene pilih...

Hari ni perut pulak macam meragam asik nak jumpa mr. Tan jeee... So aku tinggalkan entry ini dgn beberspa gambar birthday akmal semalam. Alhamdulillah everything went well last saturday :)





















Have a nice day everyone...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 26, 2012

Bedrest 3rd pregnancy

Assalamualaikum...



Bedrest from google picture


Long silent yes i am... Monday jumpa doc cos back pain yg sangat teruk dah almost 2 weeks sebenarnya than campur demam, batuk yg teruk dan selsema, pakej lengkap semuanya. Call my gynae doc fidak than check up esknya doc suh bedrest. Kene infection tu pasai batuk dan selsema kronik terus dapat ubat antibiotik. hazabun betul rasenye masa sakit 3 hari ni dan terlantar baring. Serius Bedrest memang bosan...

Baby duduk dalam perut bentuk C dan kedudukan baby pun boleh buat mommies sakit pinggang yg kronik. Aku mengadu kat gynae yang pregnant kali ni cam teruk ckit compare yg lain. Doc fidak ckp every pregnancy berbeza-beza insyallah lahir esk mudah dan senang jaga baby you ni. Aminnnnn... 7 bulan aku rase macam dah 9 bulan. Cepat la 37 minggu...

Ok korang doakan aku bersalin dengan mudah kali ni ya. Take care everyone and have a nice day. Oh today alhamdulillah dah recovered and working as usual :)





Friday, April 20, 2012

Family activities




Assalamualaikum and yes i'm back yo! Sementara tunggu kereta di servis maka aku boleh la update blog :) ok ni cerita yg agak lewat dan baru nak update di blog, but sharing is caring right :) bila cuti sekolah sahaja kami mesti gi pusat sains negara atau PSN. PSN memang akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik terutamanya bila musim cuti sekolah.




My kiddos really enjoy especially adam cos masa sains performance die paling budak kecik utk join aktiviti atas stage. Such a brave boy!





Toot...toot...toot...









Baba and akmal




We play clay together and learned about the result of color combination :)





During sains performance...





Adam on stage :) anddddd the youngest boy on stage :)










Gift from PSN as participant...

Banyak lagi gambar dan aktiviti tapi nak upload bebyk kat IP4s ni aku tak rajin nak buat... So kalo korang buntu nak bawa anak2 gi jalan2 boleh la ke PSN dan tak perlu tunggu cuti sekolah pun takpe cos ade je aktiviti yg PSN sediakan.





Water slide aktiviti pun best kami main dirumah sambil minum petang brownies with vanilla ice cream such a perfect hi tea :)

Have a nice day!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 18, 2012

Sorry...

Assalamualaikum...


Ade orang email aku tanya kenapa aku x update blog. Sorry la cos aku busy sangat2. Semalam lunch date dengan client pun sampai 3 jam borak punye borak...

Will update my blog soon insyallah cos busy with my work now :)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 13, 2012

Assalamualaikum...

Salam jumaat dan semoga jumaat pada hari ini semua umat islam mendapat keberkatan dari Allah SWT. Aku sekarang berada di office dalam keadaan yang mengantuk. Rasenye aku nak balik rumah rehat2 dan lepak2 kejap pastu petang nak hantar adam gi swimming class. Cerita pasal swimming class adam serius aku sangat enjoy dan seronok. Bertambah seronok bila adam buat berenang style kaki anjing comel tu.

Eh aku tingat sape hari tu ade 3 orang tanya aku pasal fees swimming ni, harga untuk group teaching rm90 seminggu sekali dalam 4 ke 5 orang budak. Tapi adam aku amik personal coach so(1 to1) RM300 sebulan seminggu sekali beerti 4 kali sebulan. Eh serius aku cam tak larat nak bercerita panjang hari ni, takde energy rasenye. Tata...


p/s: Esok collect ipad baru di machine One utama Yay!

p/s: Sedang berkecil hati juga dengan seseorang, hati menjadi lebih sensitif apabila mengandung.


Thursday, April 12, 2012

Happy birthday akmal! You are 2 years old cheeky boy!





Assalamualaikum... Hahhhh... How times flies so fast. Rase macam semalam baru contraction and lahirkan akmal. 2.7 kg baby and akmal poped out right after asar if i'm not mistaken.





Tak pernah terfikir akan ade anak rambut curly cos hubby telah hilangkan bukti rambut kerintingnye. Masa tgk gambar hubby zaman sekolah i was ohhh my goodddddd, serius aku rase itu adelah org lain bukan hubby yg aku kenal. Yeah 3 bulan kenal bercinta than after 3 bulan tunand dan lepas 3 bulan nikah, gosh total 9 months only even setahun pun x sampai. Now 5 years marriage we alteady have 2 boys and soon 3 boys. Syukur alhamdulillah ya allah.






We did early celebration iaitu semalam cos memandangkan birthday akmal 12 april iaitu hari ini malam jumaat x sesuai nak keluar malam cos nak solat jemaah baca yasin lagi so nanti keluar lewat balik lewat dan adam pulak sekolah so we decided celebrate yesterday. Semoga akmal menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan membantu orang serta sayang keluarga, amin.






2 years old and he show his new skill... I love u "si kinting"!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 10, 2012

Mengidam...






Assalamualaikum... You all buat ape? Aku sekarang tgh lunch dgn suami di tony romas sunway pyramid, sementara tunggu marvellous rib eye and lamb chop dtg ke meja kami aku update blog. Mengandung kali ni aku mengidam daging kat atas tu yg aku beli di pasar stadium ahad lepas. Daging ape tu?







Aku mengidam daging kambing yo, pagi tadi masak daging kambing kari makan dengan roti canai garing panas2. Superb! Malam nanti x sabar nak makan kari kambing dengan nasi panas2 ade pulak ulam pegaga atau bende masyallah sedap ya allah. Syukran...







Semalam balik keje manage to captured picture kiddos main. Such a sweet moment akmal peluk adam, sibling bonding! Cant wait to see 3 boys in da house :)


Have a nice day!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 6, 2012

What we do...






Assalamualaikum, aku kat cyberjaya sekarang ni baru lepas presentation dengan client aku. Comments kat entry before pun aku belum sempat approve to publish. Ni kira back dated entry, aktiviti cuti sekolah.






Dulu bila borak2 plan untuk jalan ramai2 dengan family, kakak2 aku mesti sibuk nak tengok calendar cari waktu cuti sekolah. Aku mcm adoiiii derang ni mesti nak jln waktu cuti sekolah sebab masa tu anak aku blom sekolah nak gi mana2 anytime petik jari. Sekarang merasa la ko yaya oiii aku pun buntu bila nak masuk cuti sekolah sebab fikir ape aktiviti utk anak2 aku. Takkan aku nak biar derang duduk terperuk kat rumah masa cuti sekolah. Jadi biasanya nak cuti sekolah aku dah plan aktiviti untuk kami sekeluarga...





Horse ride memang kegemaran anak2 aku. Aku tukang ambik gambar je la sebab perut boyot hubby tak kasi join ride.





Lepas pusing2 dengan kuda kita minum petang :)











Tapikan kalo cuti sekolah atau tak cuti sekolah pun aktiviti shopping memang best hahaha...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 5, 2012

5th anniversary and baby moon - holiday 2012

 Assalamualaikum, tiba-tiba ade mood pulak nak update blog hari ni kan. Ok cerita pasal our 5th anniversary and baby moon. Memandangkan aku tak pernah gi pulau tioman seumur hidup maka propose pada suami terus dapat kelulusan dan kami naik berjaya air dari subang airport terus ke pulau tioman. memang tak kuasa la nak memandu 7 jam ke jeti mersing kan tambah pulak ade anak-anak jadi kami memang suggest la sape ade anak nak ke pulau tioman naik kapal terbang saje lah, mudah, cepat dan selesa pakej sekali dengan berjaya hotel.



 Flight kami pagi pukul , captured picture skyline pun cantik je sebab pagi :) perjalanan hanya 1 jam. Main game HP, layan anak2, makan minum tetiba dah sampai...




 Nice view of Tioman island from air craft




 Tourist baju bunga-bunga feeling beach ok




Our room














Kami sampai pkl 9 pagi terus gi breakfast dulu cos check in pukul 12 tapi i cakap kalo bilik dah ready pls let us know cos i have 2 kids nak handle payah dan hotel sangat memahami tros early check up after breakfast :)




Akmal bangun tido selesai solat zohor je kami terus bersiap nak pergi snorkeling di pulau tekek. Adam paling tak sabar, "mama i wanna go to the beach"nak tengok ikan dan main pasir yang lebih tu. Outfit mandi budak-budak memang kami dah sedia complete with beach hat, UV protection swim wear, google, sun block lotion for kids (very important) and beach shoes.



Beach boys!






Tekek island for snorkeling









Happy sangat lepas snorkeling kat tengah laut. ikan warna biru tu masyallah cantik amat!





Terus pergi swimming pool pulak leaps minum petang




gedebush!





Ini adelah aktiviti yang paling my kiddos suka, lepas balik dari pool kami singgah beach main pasir masa on the way balik bilik.





Sambil perhatikan adam akmal main pasir aku enjoy menikmati pemandangan, masyallah tenang dan sangat hebat ciptaan allah. hubby pulak ambik pregnancy photo of me :)




Later i join my kiddos. Look at the sky subhanallah hebat bukan kuasa Allah SWT



BBQ dinner awesome by hotel! highly recommend berjaya tioman island resort!




serious awesome lamb, fish, squid, prawn eh madam-macam la memang sedan menjilat jari tak terkata




Selesai dinner kami balik bilik rehat-rehat dan pintu bilik kene ketuk. Surprise.... again tioman berjaya resort memang awesome layan kami siap bagi anniversary cake complimentary from hotel. Thanks berjaya hotel! disebabkan kami kenyang maka simpan cake tu dalam freezer. Pukul 4 pagi aku terjaga kejut hubby, rupanya hubby pun lapar. kami potong cake anniversary berdua pukul 4 pagi yo hahaha makan kat luar sambil hadap beach borak2 about us, our next holiday venue dan banyak cerita pasal kiddos. Syiok dating kat luar sampai terkunci kami dari luar sebab pintu automatic locked. Husband dok panggil adam celah tingkap, kesian adam nasib die sedar dan bukakan pintu pastu sambung tido. Memang tokoh anak pertama betul!



esok pagi




Kami bayar rm150 kepada pemandu pelancong kami untuk bawa kami pergi ke kampung Juara, tengok penyu, water fall, marine park for snorkeling again, lunch dan balik. Itu adelah aktiviti hari ke 2.




Minum air kelapa sambil menikmati pemandangan indah




Main pasir lagi...




Water fall




Yaya's family






Snorkeling di marine park




Masyallah ikan banyak dan sangat cantik sama macam kat redang island




Malam lepas makan  kiddos main-main sampai tertido. mama baba dah penat dengan aktiviti siang tadi :)




Hari ketiga kami pergi Ayura Spa berdua. kiddos? Berjaya tioman resort ade sediakan orang untuk jaga anak-anak. Satu budak rm20 untuk sejam, jadi kira la sendiri berapa lama korang nak. Penjaga tu bawa anak-anak aku mandi di pool than balik bilik bagi susu dan layan derang tengok TV. Memandangkan anak-anak aku jenis tak takut orang so aku memang takde masalah.




Ayura Spa for couple massage



Balik dari Spa pukul 11 pagi kami masih ade masa untuk gi free duty shop. Flight pukul 3 petang maka kami suami isteri pakat sewa motor jap pergi free duty shop. Semua excited nak naik motor ok. Sewa motor satu jam rm30.





Nah semput motor ni bawa kami naik bukit plus minus 185 KG. Funny ok and such a sweet memory!


Pukul 1.30 check out hotel dan hotel hantar ke airport. Ok untuk informasi bagi yang nak pergi sila ke website berjaya air isi online form. Macam pakej aku 3 hari 2 malam adelah RM2700 termasuk hotel, b/fast and dinner, snorkeling, penerbangan pergi dan balik untuk kami 4 beranak.


Well our next holiday will be....